Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah di Kluang

    Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah di Kluang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian berdekatan sebuah kilang jubin di Jalan Kluang-Renggam dekat Kluang semalam.

    Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon (gambar bawah) berkata usaha bagi menangkap gajah dewasa tersebut telah dilakukan sejak dua minggu lepas menerusi Ops Translokasi gajah Liar.

    “Gajah ini telah merosakkan tanaman pertanian di kawasan berdekatan kilang jubin, di mana kawasan tersebut terletak di laluan penghijrahan gajah ini.

    “Proses pemindahan gajah memang tidak mudah, selepas dua minggu ‘berkampung’, Perhilitan mengadakan operasi penangkapan.

    “Akhirnya dua ekor gajah jantan dewasa tersebut berjaya ditangkap dan dipindahkan ke kawasan Taman Negara,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Beliau berkata berdasarkan statistik Jabatan Perhilitan Johor, terdapat kira-kira sehingga 150 ekor gajah di seluruh Negeri itu terutama di sekitar daerah Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing, sekali gus berharap ia dapat ditempatkan di Pusat Perlindungan Gajah seluas 73 ekar (29.2 hektar) di Kota Tinggi.

    Sementara itu, Ling berkata Perhilitan Johor menerima lebih 1,500 aduan berhubung gangguan haiwan liar pada setiap tahun sejak 2020 sehingga tahun lepas dengan kebanyakannya berkaitan gangguan monyet liar, diikuti babi hutan dan gajah.

    Perhilitan Johor katanya, hanya mempunyai kira-kira 110 pegawai dari pelbagai peringkat setakat ini, yang bertanggungjawab untuk pentadbiran, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, perlindungan, dan penangkapan haiwan.

    Bagi gajah, Perhilitan mempunyai pasukan khas yang terlatih untuk mengusir dan menangkap haiwan itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts