Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerhilitan lapor polis terhadap individu cabut misai harimau

    Perhilitan lapor polis terhadap individu cabut misai harimau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu yang mencabut misai harimau belang yang ditemui mati dipercayai dilanggar treler di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung semalam.

    Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, berkata laporan telah dibuat di Balai Polis Kampung Simee di Ipoh petang semalam.

    “Tindakan ini adalah kesalahan di bawah Seksyen 68 (c) (Akta A1646) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022.

    “Mereka yang memiliki atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya termasuk terbitannya seperti kuku, tulang, kulit, misai, tanpa kebenaran jika sabit kesalahan hendaklah didenda tidak kurang RM150,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

    Beliau berkata karkas harimau jantan berusia anggaran 8 tahun ke 10 tahun itu telah selesai dibezah siasat di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungkai (NWRC) semalam dan siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya.

    “Semasa saya membuat pemeriksaan, hanya misai yang hilang manakala kuku, gigi, taring dan lain-lain masih ada pada harimau itu,” katanya.

    Yusoff mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mencuri sebarang anggota milik harimau belang sekiranya menemui bangkai haiwan itu bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan tegas.

    Semalam, harimau belang jantan itu yang dipercayai dilanggar lori treler ditemukan mati di tepi pembahagi jalan berdekatan lebuh raya terbabit.

    Harimau belang itu juga dipercayai adalah binatang yang dilaporkan menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar sebelum ini.

    Turut tular video berdurasi kira-kira 24 saat menunjukkan beberapa lelaki bertindak mencabut misai harimau belang berkenaan beberapa kali.

    – Bernama

    ALSO READ:  Manifesto BN-PH selesai masalah air Kelantan, ditunggu sejak tiga dekad
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts