Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerhilitan pasang perangkap kamera kesan harimau

    Perhilitan pasang perangkap kamera kesan harimau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Daerah Hulu Selangor akan memasang peranangkap kamera di lokasi bersesuaian bagi mengesahkan kehadiran harimau belang di Kilometer 18 Jalan Batang Kali – Genting Highland.

    Langkah itu dibuat susulan laporan oleh seorang anggota polis bantuan yang mendakwa terserempak dengan haiwan liar berkenaan di lokasi berkenaan, pada 9.07 pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata bertindak atas laporan, pihaknya telah menghubungi Perhilitan untuk membantu usaha mengesan harimau belang itu bagaimanapun siasatan awal tidak menemui sebarang kesan atau tapak haiwan berkenaan.

    “Ia disebabkan faktor muka bumi yang padat dan daun pokok yang tebal jenis Akasia di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

    Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

    “Sekiranya mempunyai sebarang maklumat penemuan harimau belang itu sila laporkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641222,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts