Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerhilitan sahkan pekerja ladang maut dibaham harimau

    Perhilitan sahkan pekerja ladang maut dibaham harimau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesahkan spesies haiwan liar yang menyerang seorang pekerja ladang getah warga Indonesia di Kampung Kuala Tol semalam, adalah jenis Harimau Belang. 

    Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata siasatan dijalankan oleh anggotanya setelah mayat mangsa dibawa keluar oleh anggota polis dari lokasi kejadian. 

    Beliau berkata terdahulu, pihaknya menerima makluman dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang berkaitan laporan kematian seorang penoreh getah disyaki diserang hidupan liar di kawasan ladang terbabit. 

    “Pasukan Mencari Dan Menyelamat (SAR) telah diberikan taklimat di IPD Gua Musang seterusnya bergerak ke lokasi kejadian 3.30 petang dan tiba lebih kurang 5.00 petang.

    “Hasil siasatan mendapati spesies yang menyerang mangsa ialah Harimau Belang (Panthera Tigris Jacksoni),” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

    Semalam, media melaporkan seorang pekerja ladang Shabaini, 36, ditemukan maut dipercayai dibaham harimau dan mayatnya dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dengan kesan kecederaan di bahagian leher serta hilang tangan kanan, kedua ibu jari kaki serta sebahagian bawah badan. 

    Mohamad Hafid berkata Perhilitan Gua Musang telah menerima aduan berkenaan kehadiran harimau di kawasan ladang terbabit pada 20 Nov lepas. 

    “Tindakan siasatan di lokasi aduan telah dilakukan oleh kakitangan jabatan pada tarikh sama. Khidmat nasihat telah diberikan kepada pekerja supaya membersihkan kawasan kebun yang bersemak samun dan keluar bekerja secara berkumpulan,” katanya. 

    Beliau berkata Perhilitan telah mengambil langkah proaktif dengan memasang 10 unit peranangkap harimau dan peranangkap kamera di kawasan panas aduan gangguan Harimau Belang di daerah ini. 

    “Semua peranangkap adalah aktif dan dipantau setiap hari oleh kakitangan jabatan. Perhilitan memohon kerjasama pemilik dan pekerja ladang atau kebun supaya membersihkan semak samun, sentiasa berhati-hati, bekerja secara berkumpulan dan tidak membuat sebarang provokasi kepada hidupan liar sekiranya terserempak,” katanya. 

    ALSO READ:  Zuraida bidas cubaan wajarkan tindakan bawa anak tahfiz ke konsert

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts