Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerhimpunan Agung PBB terima resolusi pertimbang semula keanggotaan Palestin

    Perhimpunan Agung PBB terima resolusi pertimbang semula keanggotaan Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengesyorkan satu resolusi menggesa permohonan Palestin sebagai anggota penuh PBB dan diberikan hak-hak tambahan dinilai semula.   

    Resolusi itu yang diterajui Emiriah Arab Bersatu (UAE) (bagi pihak Kumpulan Arab), diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang dan 25 berkecuali, lapor  Agensi Anadolu.

    Ditaja bersama Turkiye dan hampir 80 negara anggota, resolusi itu menzahirkan “ kekesalan dan kebimbangan” terhadap veto dari Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamatan PBB pada 18 April lepas. 

    Menekankan kepentingan mempertahankan keadilan dan menghormati hak asasi manusia yang utama, resolusi itu menekankan keperluan menghormati integriti wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur.   

    Resolusi itu menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mempertimbangkan semula permohonan keanggotaan Palestin dalam PBB supaya diterima berdasarkan Perkara 4 Piagam PBB Palestin layak untuk menjadi anggota PBB.  

    Meminta supaya aturan tertentu dibuat bagi membolehkan penyertaan Palestin dalam sesi Perhimpunan Agung, ia juga menggesa supaya Palestin menyertai mesyuarat anjuran badan-badan PBB dan persidangan pertubuhan antarabangsa itu. 

    Resolusi itu bertegas mempertahankan hak warga Palestin untuk kemerdekaan dan kenegaraan serta menekankan kepentingan menghormati undang-undang antarabangsa merupakan  asas kepada keamanan dan keselamatan di rantau itu. 

    Ia juga menggesa Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres supaya mengambil langkah yang diperlukan untuk melaksanakan resolusi yang diterima pakai pada masa ini. 

    – Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts