Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerjanjian muktamadkan JS-SEZ akan dimeterai akhir tahun - Exco

    Perjanjian muktamadkan JS-SEZ akan dimeterai akhir tahun – Exco

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Satu perjanjian akan ditandatangani antara Malaysia dan Singapura untuk memuktamadkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat tahun ini, kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Lee Ting Han.

    Beliau berkata perjanjian tersebut akan ditandatangani pada sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia dan Singapura yang akan melibatkan perkara berkaitan pembangunan zon ekonomi tersebut.  

    “Memorandum persefahaman hari ini merupakan satu tekad politik pada pemimpin kedua-dua negara bahawa zon ekonomi ini mesti berlaku dan akan berlaku. 

    “Zon ekonomi ini akan dilaksanakan pada tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Malaysia dan Singapura untuk JS-SEZ di Johor Bahru hari ini. 

    Menurutnya, keluasan JS-SEZ akan ditentukan dalam perjanjian yang akan dimuktamadkan dan setakat ini, terdapat beberapa perbincangan telah diadakan bagi tujuan tersebut. 

    “Ada cadangan semua kawasan Iskandar Malaysia dilibatkan dan ia akan menjadikan zon ekonomi khas itu tertumpu kepada berasaskan sektor atau berasaskan dasar iaitu kita membantu sektor yang ingin dibangunkan dengan memberi insentif khas kepada syarikat tertentu. 

    “Ataupun kita usahakan satu zon khas dan mewujudkan polisi khas untuk kawasan tersebut. Itu semua dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini,” kata Lee.   

    Beliau berkata antara sektor yang menjadi fokus dalam JS-SEZ termasuklah kewangan, elektrik dan elektronik, pelancongan dan farmaseutikal. 

    “Semuanya adalah kemungkinan. Kami akan cuba memaksimumkan potensi manfaat untuk Johor,” katanya.   

    Sementara itu, Pengerusi Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) Datuk Seri Hasni Mohammad berkata Negeri perlu mentafsirkan dengan jelas definisi zon ekonomi khas.

    “IRDA (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar) telah menjadi zon ekonomi. Oleh itu, selepas pengalaman selama 20 tahun, saya pasti mereka mempunyai banyak pengetahuan mengenai apa yang terbaik untuk Johor.

    ALSO READ:  Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar

    “Misalnya, terdapat banyak kemajuan mengenai pusat data dan potensi besar dalam tenaga hijau dan kemampanan. Saya gembira melihat ini adalah satu aspek dalam zon ekonomi khas yang dimeterai antara Johor dan Singapura yang akan memberi tumpuan kepada tenaga hijau dan pembangunan kemampanan,” katanya.

    Bagi tenaga hijau dan kemampanan, Hasni berkata sektor dalam JS-SEZ akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu di Johor dengan Pusat Kelestarian Johor yang dilancarkan baru-baru ini.

    “Saya percaya beberapa inisiatif ini yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri akan menambah kekuatan kepada kejayaan zon ekonomi khas,” kata Hasni. 

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts