Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerkasa mahkamah syariah: Rakan PAS usah gusar, kata Idris

    Perkasa mahkamah syariah: Rakan PAS usah gusar, kata Idris

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS menegaskan bahawa parti tersebut sentiasa konsisten dengan perjuangan mereka untuk memartabatkan undang-undang syariah di negara ini.

    Naib Presiden PAS Idris Ahmad menyatakan bahawa sikap tersebut diserlahkan sama ada ketika parti terlibat berada di luar kerajaan, atau semasa menjadi sebahagian daripada kerajaan.

    Oleh itu, katanya, atas sikap tersebut juga PAS berikrar untuk menyokong penuh inisiatif Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.

    “Perjuangan memartabatkan undang-undang syariah adalah perjuangan PAS sejak dahulu lagi. Ketika berada di luar kerajaan, ketika saya ditaklifkan menjadi Menteri agama dan sehingga sekarang,” katanya dalam kenyataan petang ini.

    Dia yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai menambah, untuk membolehkan pindaan itu dibuat kerjasama semua pihak dan tanpa mengambil kira latar belakang parti politik sangat diperlukan.

    “Kerjasama semua pihak tanpa mengira parti atau kumpulan amat diperlukan agar pindaan Perlembagaan Persekutuan dapat dijayakan bagi mempertingkatkan bidang kuasa enakmen kanun jenayah syariah di Negeri-Negeri,” katanya.

    Isu enakmen jenayah syariah menjadi perhatian ramai dan dipolemikkan baru-baru ini susulan keputusan mahkamah tertinggi negara membatalkan 16 peruntukan yang digubal Dewan Undangan Negeri Kelantan.

    Keputusan itu dibuat selepas sembilan hakim bersidang dan mendapati penggubalan tersebut melebihi had kuasa Negeri dan bercanggah dengan perlembagaan negara.

    Ekoran itu, kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji serta mengemukakan cadangan agar undang-undang syariah diperkasakan.

    Pada 16 Feb lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga bersetuju Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) mengemukakan cadangan bagi memperbaiki mutu mahkamah syariah.

    Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku pengerusi MKI yang juga mahu suhu hangat politik negara dikendurkan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb lalu.

    ALSO READ:  ULASAN l Dukung perlembagaan 1963, elakkan perubahan mendadak

    Mengulas lanjut, Idris berkata semua rakan PAS termasuk dari kalangan bukan Islam tidak perlu berasa bimbang dengan pendirian parti tersebut.

    “PAS beri jaminan bahawa sebarang usaha untuk memperkasa dan memantapkan enakmen kanun jenayah syariah ini pastinya akan mematuhi prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

    “Tidak ada sebab untuk sebahagian rakan kami yang muslim atau rakan-rakan kami yang bukan muslim merasa gusar dengan usaha-usaha ini,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts