Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerkhidmatan Boeing 737-9 MAX digantung hingga notis lanjut - FAA

    Perkhidmatan Boeing 737-9 MAX digantung hingga notis lanjut – FAA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat menggantung perkhidmatan Boeing 737-9 MAX sehingga pemeriksaan dan penyelenggaraan menyeluruh dijalankan dan data hasil pemeriksaan disemak, menurut FAA menerusi laman sesawangnya pada Jumaat.

    Selepas menyemak senarai cadangan pemeriksaan dan arahan penyelenggaraan Boeing, FAA memerlukan data tambahan daripada Boeing termasuk laporan pemeriksaan pintu palam 40 pesawatnya, lapor Xinhua.

    Jika arahan pemeriksaan dan penyelenggaraan Boeing diluluskan, pengendali dikehendaki melaksanakannya pada setiap pesawat sebelum ia dibenar menyambung semula perkhidmatan, menurut FAA.

    FAA menggantung perkhidmatan sekitar 171 pesawat Boeing 737-9 MAX pada 6 Januari selepas tingkap kabin pesawat penerbangan 1282 Alaska Airlines tercabut ketika melakukan penerbangan.

    Agensi itu telah melancarkan siasatan bagi menentukan sama ada Boeing gagal memastikan produk itu mematuhi reka bentuk yang diluluskan dan berada dalam keadaan selamat berdasarkan peraturan FAA.

    FAA akan terus membantu siasatan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan terhadap Penerbangan 1282 Alaska Airlines.

    – Bernama-Xinhua

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts