Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerlembagaan Umno dah sekat wakil rakyat belakangkan parti

    Perlembagaan Umno dah sekat wakil rakyat belakangkan parti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur



    Umno mengingatkan semua pihak bahawa perlembagaan parti itu sudah cukup untuk menghalang ahli-ahli parlimen mereka bertindak sendirian atau membelakangi apa jua keputusan pimpinan, termasuk menyertai mana-mana pakatan politik lain.

    Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki kekangan lain untuk wakil rakyat Umno-BN menongkah arus ialah berkuat kuasanya akta antilompat parti.

    Katanya keberadaan peraturan itu dipercayai kurang disedari pelbagai pihak sehingga mereka membuat pelbagai kesimpulan atau jangkaan yang tersasar.

    “Ramai yang mungkin tidak menyedari – termasuk penganalisis politik, ahli akademik dan pembangkang – bahawa Perlembagaan Umno telah pun dipinda dalam Perhimpunan Agong Khas Umno pada 13 Jan 2023 yang menghalang ahli-ahli parlimen Umno bertindak membelakangi apa jua keputusan parti, termasuk menyertai apa juga pakatan politik untuk menyokong seseorang sebagai perdana Menteri.

    “Fasal 20.11 Perlembagaan Umno memperuntukkan keahlian Umno akan tergugur secara automatik sekiranya ahli yang telah dipilih sebagai ahli parlimen dan kemudiannya menyertai suatu pakatan politik yang tidak dianggotai oleh Umno.

    “Ini termasuklah menandatangani perjanjian untuk membentuk pakatan dengan parti lawan sekali gus bertentangan dengan pendirian parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Spekulasi mengenai rancangan untuk menjatuhkan kerajaan timbul selepas Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom) Ismail Yusop mendedahkan Langkah Dubai kepada media.

    Katanya, rancangan tersebut timbul sewaktu pemimpin PN dan sesetengah ahli parlimen kerajaan bercuti di ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

    Penulis blog pro-PN, Raja Petra Kamaruddin, turut memdakwa pembangkang berjaya memperoleh perakuan berkanun (SD) 120 ahli parlimen untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Bagaimanapun, semakan terhadap dakwaan itu menunjukkan terdapat percanggahan yang menjadi persoalan.

    BN sendiri menegaskan setiap ahli parlimen parti itu terikat dengan jaminan bon sebanyak RM100 juta sebelum PRU ke-15 lalu.

    ALSO READ:  US says it shot down 2 missiles launched from Houthi-controlled areas

    Kata Asyraf Wajdi, menerusi perjanjian ditandatangani itu mereka yang ingkar arahan akan keluar meninggalkan Umno secara sukarela sekali gus perlu mengosongkan kerusi.

    Kesan daripada tergugurnya keahlian, katanya, peruntukan akta antilompat parti menyatakan bahawa kerusi mereka diisytiharkan kosong dan pilihan raya kecil perlu diadakan.

    “Selain daripada itu, setiap ahli parlimen Umno dan BN juga terikat dengan perjanjian dan aku janji yang ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah bahawa mereka terikat dengan bon berjumlah RM100 juta,” katanya.

    Mengambil contoh kes bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, yang diarah bayar RM10 juta kerana melanggar syarat bon yang mengikat kepada parti, Asyraf Wajdi berkata ahli parlimen Umno juga akan turut menerima nasib yang sama jika berpaling tadah.

    “Semua pindaan ini dilakukan kerana mengambil iktibar ketidakstabilan politik yang memudaratkan rakyat dan negara selepas PRU 2018 lalu,” tambahnya.




    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts