Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerlukah SPRM siasat semua entiti kewangan Labuan, sindir Zafrul

    Perlukah SPRM siasat semua entiti kewangan Labuan, sindir Zafrul

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz meminta pengkritiknya bersikap rasional berhubung gesaan agar dirinya disiasat susulan pendedahan Kertas Pandora.

    Dalam video yang dimuat naik melalui platform X, Tengku Zafrul juga membangkitkan persoalan adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menyiasat semua syarikat kewangan termasuk mereka yang bekerja di pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa (LIBFC) susulan desakan itu.

    “Adakah mereka mahu minta supaya semua pengarah syarikat kewangan di Labuan disiasat oleh SPRM dan adakah mereka mahu tuduh kerajaan Malaysia menggalakkan aktiviti haram susulan penubuhan LIBFC.

    “Jika anda semua nak tahu, ada lebih 940 syarikat berdaftar dengan LFSA, antaranya 70 bank dan 237 syarikat insurans.

    “Sehingga kini bank-bank di Labuan memiliki hampir AS$50 bilion aset dan syarikat insuran di situ juga mempunyai premium insurans sehingga AS$1.7 bilion. Adakah semua aset ini haram,” katanya.

    Pendedahan Malaysiakini terhadap Kertas Pandora pada 2021 mendedahkan bahawa Tengku Zafrul dinamakan sebagai pengarah Capital Investment Bank (Labuan) yang diperbadankan di Labuan yang menjadi pusat kewangan luar pesisir antarabangsa oleh kerajaan Malaysia pada 1990 semasa Dr Mahathir Mohamad adalah perdana Menteri.

    Tengku Zafrul seterusnya menyatakan dia sekadar memegang jawatan sebagai pengarah kumpulan dan ahli jawatankuasa pengurusan eksekutif Kenanga Holdings Bhd dari Januari 2009 hingga Jun 2010.

    Katanya, dia tidak memiliki syarikat terbabit sebaliknya dilantik sebagai pengarah syarikat serta anak syarikat, Capital Investment (Labuan) Limited yang adalah anak syarikat Kenanga.

    Tengku Zafrul melepaskan semua jawatan selepas dilantik Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd dan syarikat (Capital Investment) pada tahun 2010.

    SPRM telah memulakan siasatan terhadap bekas Menteri kewangan Daim Zainuddin, yang turut dinamakan susulan pendedahan Kertas Pandora.

    ALSO READ:  Iran launches second satellite this year into orbit, state media says

    Pada 8 Jan, Gerakan Menuntut Malaysia Bersih (GMMB) menuntut minta SPRM menyiasat sembilan individu terkemuka yang dinamakan dalam Kertas Pandora itu, termasuk Tengku Zafrul.

    Dalam video yang dimuat naik malam tadi, Tengku Zafrul turut mempersoalkan motif pihak yang berterusan mendesak supaya dirinya disiasat susulan pendedahan Kertas Pandora.

    Tengku Zafrul turut mengingatkan pengkritiknya bahawa Capital Investment diperbadankan di Labuan yang menjadi pusat kewangan luar pesisir antarabangsa oleh kerajaan Malaysia pada 1990 sewaktu zaman Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana Menteri.

    “Sehingga kini Labuan masih berperananan sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa (LIBFC) di bawah seliaan agensi kerajaan Labuan Financial Services Authority (LFSA).

    “Adakah mereka yang mahu saya disiasat itu mengatakan semua syarikat yang dibuka di Labuan menjalankan perniagaan haram dan melanggar undang-undang,” soalnya.

    Kertas Pandora merupakan dokumen tanpa nama melibatkan 2.94 terabait fail kewangan sulit yang diperoleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) – dikongsi dengan rakan kongsi termasuk Malaysiakini pada akhir 2021.

    Kertas Pandora terdiri daripada lebih 11.9 juta dokumen dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan mengurus amanah atau syarikat cengkerang di kawasan bebas cukai di seluruh dunia.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts