Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPermohonan jadi peguam syarie di Perak tidak lagi perlu ujian, temu duga

    Permohonan jadi peguam syarie di Perak tidak lagi perlu ujian, temu duga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Individu berkelayakan yang memiliki sijil amalan guaman syarie di mana-mana Negeri, yang mahu menjadi pengamal peguam syarie di Perak boleh berbuat demikian tanpa lagi perlu melalui ujian dan temu duga ditetapkan oleh Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie.

    Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah mulai 18 Okt lepas, individu yang layak hanya perlu mengemukakan permohonan kepada jawatankuasa berkenaan untuk diperakukan boleh beramal sebagai peguam syarie di Negeri Perak.

    Titah baginda sebelum ini Kaedah-kaedah Peguam Syarie Perak (2003) mensyaratkan seseorang yang berhasrat menjadi pengamal peguam syarie di Negeri Perak, di samping memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf, perlu menjalani peperiksaan atau temu duga ditetapkan oleh Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie.

    “Menyahut titah nasihat beta, bermula 18 Oktober 2023, jawatankuasa berkenaan telah memperakukan tatacara penerimaan peguam syarie menurut Seksyen 69 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, yang membolehkan mana-mana orang yang berkelayakan, yang telah memiliki sijil amalan guaman syarie di mana-mana Negeri, diterima untuk beramal di Negeri Perak tanpa lagi perlu melalui ujian dan temu duga,” titah Sultan Nazrin.

    Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Dipertua dan anggota MAIPk bagi penggal 2024-2025 dan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak di Ipoh hari ini.

    Sultan Nazrin bertitah langkah itu dipercayai akan memudahkan hasrat para peguam syarie yang mahu melakukan amalan guaman di Negeri Perak, di samping memberi manfaat kepada anak guaman mempunyai pilihan mendapatkan khidmat guaman syarie yang lebih luas.

    Sementara itu pada majlis sama, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan watikah pelantikan hakim Mahkamah Syariah Negeri iaitu Hakim Mahkamah Utama Syariah Perak digalas oleh Datuk Mohd Amran Mat Zain manakala Mohamad Taifor Ahmad Rusdi dilantik sebagai Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Negeri.

    ALSO READ:  Cops record statements of 11 over Putrajaya rally

    Lima lagi hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri terdiri daripada Datuk Kamardin Hashim, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid dan Datuk Abas Nordin.

    Ia turut mengukir sejarah baharu di Negeri Perak dengan pelantikan seorang hakim wanita di peringkat Mahkamah Rayuan Syariah.

    Beliau ialah Nor Hadina Ahmad Zabidi yang berkelulusan Sarjana Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,243FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts