Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Permohonan pengampunan Najib diputuskan akhir bulan ini’

    ‘Permohonan pengampunan Najib diputuskan akhir bulan ini’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lembaga Pengampunan akan membuat keputusan berhubung permohonan Najib Razak untuk mendapatkan pengampunan pada akhir bulan ini, menurut laporan Channel News Asia (CNA).

    Menurut laporan itu, permohonan oleh bekas perdana Menteri yang sedang dipenjarakan tersebut akan didengar dalam sesi lembaga yang dijadualkan pada minggu ketiga Januari, selepas perkara berkenaan ditangguhkan pada mesyuarat bulan lalu kerana lembaga enam anggota memutuskan bahawa mereka memerlukan lebih masa untuk membuat keputusan.

    Mesyuarat yang akan datang itu akan menjadi antara tugas terakhir Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum baginda digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada akhir bulan ini. Seri Paduka mempunyai kata putus berhubung pengampunan ke atas penjenayah yang disabitkan kesalahan.

    CNA memetik seorang kenalan rapat Najib yang berkata bahawa terdapat “getaran positif” mengenai petisyen pengampunan, sekiranya permohonan itu didengar pada mesyuarat bulan ini.

    Malaysiakini telah menghubungi peguam utama Najib, Shafee Abdullah untuk mendapatkan ulasan.

    Menurut laporan CNA, pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan diwakili oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa pada mesyuarat akan datang.

    Semua Negeri di Malaysia mempunyai Lembaga Pengampunan sendiri yang diketuai oleh Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar serta Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

    Bagi Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan), lembaga itu diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada lima anggota lain. Identiti tiga anggota dirahsiakan manakala dua anggota lain adalah Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan.

    Menurut CNA, keputusan pengampunan itu boleh memberi kesan kepada pentadbiran Anwar tidak kira apa jua keputusannya.

    “Kerajaan sedar tentang sentimen orang ramai mengenai isu pengampunan Najib, tetapi ini adalah perkara yang bergantung sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata seorang pegawai kanan kerajaan.

    ALSO READ:  ‘Ketagihan’ makan di luar susutkan pendapatan, Rafizi salahkan dasar lampau

    Pada Disember lalu, Shafee berkata bahawa pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan, yang difailkan hampir 10 bulan lalu.

    Bekas presiden Umno itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang kerana kes rasuah membabitkan penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

    Selain itu, dia juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal mega 1MDB.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts