Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPersatuan gesa k'jaan kawal harga kambing import dari Thailand

    Persatuan gesa k’jaan kawal harga kambing import dari Thailand

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Persatuan Penternak Kambing Terengganu (TGB) menggesa kerajaan terutama sekali pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengawal harga kambing import dari Thailand ini.

    Pengerusi TGB Muhamad Fairul Hisyam berharap hanya daging kambing sejuk beku sahaja yang dibenarkan diimport dari Thailand.

    “Kalau boleh daging import tu masuk lah yang jenis beku. Jangan masuk yang hidup,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Dia mengulas dakwaan lambakan kambing Thailand yang dijual murah di pasaran baru-baru ini.

    Gambar hiasan.

    Fairul turut mendakwa ramai penternak yang terkesan akibat gangguan harga yang disebabkan oleh kambing import dari Thailand ini.

    “Kita dah rendahkan harga kambing tapi harga kambing Thailand lebih rendah.

    “Walau macam mana sekalipun, orang akan cari yang murah. Kebiasaannya, kambing tempatan yang tidak dijual ini akan disembelih dan dagingnya akan dijual,” katanya.

    Sebelum ini, media melaporkan dakwaan lambakan kambing murah dari Thailand yang dijual menyebabkan permintaan terhadap kambing tempatan merosot sekali gus menjejaskan pendapatan penternak.

    Gambar hiasan.

    Dilaporkan, kambing tempatan dijual dengan harga antara RM800 hingga RM1,200 seekor manakala kambing import dari Thailand dijual pada harga RM100 hingga RM250 seekor.

    Sementara itu, Fairul juga turut mengeluh bahawa harga dedak ternakan kambing sudah meningkat.

    “Kos makanan dengan kos barangan itu tak padan. Kos makanan pun kerajaan tak kawal. Selalunya harga naik dekat nak raya, musim hujan dan banjir. Tapi sekarang ni harganya tak tentu, tak terkawal,” jelasnya.

    “Minggu ni kita beli harga lain, minggu depan pula harga lain. Harganya tak stabil,” kata Fairul lagi.

    Gambar hiasan.

    Pengerusi penternak kambing itu juga mendakwa bukan saja para penternak kambing di Terengganu yang terkesan dengan keadaan ini, malah penternak kambing di Negeri lain seperti di Kedah turut terkena tempias.

    ALSO READ:  CAP gesa siasat projek penternakan udang di tanah perumahan nelayan

    Namun, katanya tidak dinafikan masih ada pembeli yang mahukan kambing tempatan walau jualannya tidak selaris dahulu.

    “Macam ada sesetengah penternak, kita tahan gitu je la sebab bukan semua orang nak kambing Thailand tu. Kalau kita kata kambing ni datang dari Thailand, mereka tidak mahu,” katanya.

    Fairul juga berkata fenomena ini sudah lama terjadi dan bukanlah satu perkara yang baru.

    “Kalau ikutkan, kambing Thailand ini dah lama masuk. Selalunya, kambing yang cukup umur diimport untuk majlis aqiqah dan korban,” jelasnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts