Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPersatuan pro-PH harap Adun India PKR jadi exco Selangor

    Persatuan pro-PH harap Adun India PKR jadi exco Selangor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Selepas dua penggal memberikan ruang kepada Adun India dari DAP, sebuah persatuan berharap Menteri besar Selangor nanti akan memilih wakil dari PKR pula untuk mewakili kaum berkenaan.

    Menurut Persatuan Eksekutif India Selangor (Peis) pada 2008 wakil rakyat berbangsa India dari PKR dilantik sebagai exco dalam kerajaan Negeri namun kemudian ia diberikan kepada DAP pada 2013 dan 2018.

    “Kami harap pada kali ini, PKR kembali diberi jawatan exco untuk mewakili kaum India di Selangor.

    “Tetapi apa pun keputusan terakhir terserah kepada keputusan pucuk pimpinan PH,” kata Pengerusi Peis Dr Sathia Prakash Nadarajan kepada Malaysiakini.

    Peis merupakan sebuah organisasi yang terdiri daripada semua ketua cabang PKR Selangor yang berbangsa India. Menteri besar sementara Selangor Amirudin Shari merupakan penaungnya.

    Daripada semua 22 cabang PKR yang ada di Selangor, lapan daripadanya diketuai pemimpin berbangsa India.

    Untuk rekod, ekoran keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, Dr A Xavier Jeyakumar dilantik sebagai exco ketika Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan Negeri buat kali yang pertama di Selangor

    Pada Pilihan Raya Umum berikutnya (2013), Adun Kota Kemuning dari DAP, V Ganabatirau, dilantik menggantikan Jeyakumar dan dia dikekalkan sehingga penggal yang lalu.

    Ganabatirau bagaimanapun tidak mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos lalu kerana dia kini bertugas sebagai ahli parlimen Klang.

    “Kami harap pucuk pimpinan PH adil kepada ahli-ahli PKR yang berbangsa India.

    “Di Pulau Pinang, DAP mempunyai dua exco berbangsa India. Di Negeri Sembilan sebelum ini parti itu juga mempunyai dua wakil India di kerajaan Negeri.

    “Maka, wajar exco wakil India diberikan kepada PKR di Selangor kali ini,” kata Sathia Prakash.

    ALSO READ:  PAS perlu cermin diri sendiri, kata Fahmi

    Selangor merupakan satu-satunya Negeri yang masih tidak mengumumkan Menteri besar.

    Amirudin sebelum ini berkata pihak istana akan mengumumkan mengenai pelantikan Menteri besar dalam masa terdekat.

    Amirudin yang juga pengerusi PH Selangor berkata sesi menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berlangsung petang semalam adalah bagi memaklumkan perkembangan semasa Negeri itu.

    Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor pada Sabtu lepas menyaksikan gabungan PH dan BN menguasai 34 kerusi manakala PN mendapat 22 kerusi.

    Sebelum ini, Pengerusi PH merangkap Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menamakan Amirudin sebagai calon Menteri besar Selangor sekiranya gabungan PH-BN memenangi PRN itu.

    Seramai empat calon India dari PH memenangi kerusi masing-masing dalam PRN lalu iaitu Rajiv Rishyakaran (DAP – Bukit Gasing), Preakas Sampunathan (DAP – Kota Kemuning) dan Papparaidu Veraman (DAP – Banting) dan Gunaraj George (PKR – Sentosa).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts