Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPersiapan sambut Aidilfitri kali ini 'hambar'

    Persiapan sambut Aidilfitri kali ini ‘hambar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Persiapan orang ramai bagi menyambut Aidilfitri ketika ini dikatakan tidak begitu meriah atas alasan mereka berdepan dengan tekanan kos sara hidup dan ekonomi semasa.

    Tinjauan Malaysiakini di sekitar Kuala Lumpur mendapati rata-rata peniaga barangan kelengkapan untuk menyambut raya mengadu jualan mereka jatuh atau perlahan.

    Peniaga baju raya Melayu di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Asnita Ahmad, menyatakan penurunan jualan itu begitu ketara berbanding apa yang dialaminya tahun lalu.

    “Selalunya minggu kedua dan minggu ketiga Ramadan kita boleh lihat orang ramai mula membanjiri kawasan di sini tapi itu tak berlaku sekarang,” katanya.

    Asnita, 50, turut berpandangan peningkatan harga barang terutamanya melibatkan keperluan asas menyebabkan masyarakat mula melihat baju raya baru bukan lagi keperluan utama.

    “Sekarang ini dengan kuasa membeli semakin berkurang, ada orang berasa cukup dengan baju raya tahun lepas saja,” katanya.

    Faktor pembukaan penggal baru persekolahan yang kebetulan pada awal Ramadan, kata Asnita, juga menyumbang kepada suasana persiapan hari raya yang hambar.

    Bagi Toriq Muhammad, 29, dia berpendapat disebabkan Aidilfitri mungkin disambut pada 10 April, maka kebanyakan pembeli menunggu gaji mereka masuk pada akhir bulan ini untuk berbelanja lebih.

    “Saya percaya kebanyakan pembeli berhati-hati membelanjakan simpanan mereka kerana lebih fokus kepada perbelanjaan berbuka puasa dan membeli kelengkapan sekolah,” katanya.

    Keadaan berbeza pula di mata jurual syarikat pengeluar baju raya Bulan Bintang, Rashid Zainal.

    Kata pemuda berusia 30 tahun itu, setakat ini dia melihat pengunjung terus mengunjungi kedainya untuk membeli baju raya.

    “Pada pandangan saya, pengunjung mengutamakan baju raya yang lebih “trending” untuk dibeli sebagai persiapan menyambut raya, di samping kualiti jenama Bulan Bintang semakin bertambah baik,” katanya.

    ALSO READ:  Terima kasih semua, saya dalam tempoh berehat - Zahid Hamidi

    Peniaga lampu elektrik, Misran Ahmad, 66, memberitahu sejak dua tahun ini dia sangat sukar untuk mencapai keuntungan RM200 sehari.

    “Kalau hendak membeli baju dan kuih raya pun orang berkira, apatah lagi lampu raya yang saya jual ini.

    “Saya rasa masyarakat memang berjimat cermat membeli barang yang mereka perlu saja,” katanya.

    Penjual songkok dan samping, Robi Musra, 30, memberitahu pada tahun ini jualannya merosot kira-kira 80 peratus dipercayai kesan kurangnya kuasa membeli dalam kalangan masyarakat.

    “Tambahan pula Ramadan ini jatuh pada waktu awal persekolahan, ibu bapa memang fokus kepada perbelanjaan anak-anak,” katanya.

    Peniaga kuih raya, Mahmud Seeron, 60, juga mengadu jualannya berkurangan dengan ketara pada tahun ini.

    Katanya jika dulu dia selalu tidak ada kesempatan untuk duduk kerana melayan pelanggan, keadaan jauh berbeza pada kali ini.

    “Sekarang ini boleh saya katakan, saya banyak menghabiskan masa tidak berbuat apa-apa,” katanya.

    Mahmud juga mengakui dia terpaksa menjual produknya lebih mahal berbanding waktu biasa kerana terkesan dengan peningkatan harga bahan membuat kuih.

    Tinjauan terhadap golongan pengguna juga menunjukkan kecenderungan yang sama.

    Kakitangan awam, Ridzwan Khatib, misalnya memberitahu untuk persiapan Aidilfitri kali ini, dia terpaksa melakukan banyak penjimatan.

    Kata Ridzwan, 36, kalau dahulu dia boleh membeli baju raya sehingga empat helai namun kini bilangan itu berkurang kerana bebanan yang semakin bertambah.

    Rin Ahmad, 36, pula menyatakan kenaikan harga barang adalah perkara yang memang tidak boleh dinafikan.

    “Tahun ini memang saya tak dapat nak beli kuih raya sebanyak tahun lepas. Nak beli baju raya pun kena betul-betul tengok bajet.

    “Tahun lepas apabila saya nak beli baju, bajet tidak lari namun namun tahun ini memang lari,” katanya.

    ALSO READ:  Former convict arrested with over RM9,000 worth of ganja

    Rin turut menambah insentif RM2,000 oleh kerajaan kepada pejawat awam pada 23 Feb lalu masih tidak mencukupi untuk persiapan hari raya seperti selalu.

    “Wang itu telah saya gunakan untuk keperluan sekolah anak.

    “Barang sekolah juga makin naik ditambah lagi anak saya ada lima orang.

    “Apabila kerajaan beritahu bantuan raya tiada tahun ini sebab kerajaan dah beri insentif, memang kalau bagi saya tidak cukup,” katanya.

    Pemandu kenderaan awam, Fairul Rizal, 33, berpendapat untuk hari raya kali ini dia terpaksa memilih untuk dapat disesuaikan dengan kemampuan perbelanjaannya.

    Hal itu kerana, katanya, sebahagian daripada peruntukan tersebut dibelanjakan kepada hal yang lebih penting seperti keperluan asas dan kelengkapan anak bersekolah.

    Penjual peralatan golf, Man Halili, 27, berkata dia terpaksa berpuas hati dengan memakai baju raya tahun lepas saja kerana gaji yang masuk pada hujung bulan, manakala hari raya sebelum itu.

    “Tahun ini memang saya beli baju raya untuk anak saja,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts