Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPersidangan Menteri Asean lulus garis panduan banteras berita palsu

    Persidangan Menteri Asean lulus garis panduan banteras berita palsu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Persidangan Menteri Asean yang Bertanggungjawab bagi Maklumat (Amri) ke-16 hari ini telah meluluskan Garis Panduan Pengurusan Maklumat Kerajaan dalam Membanteras Berita Palsu dan Maklumat Tidak Tepat dalam Media. Menurut kenyataan media bersama yang dikeluarkan dalam Amri ke-16, garis panduan ini yang dicetuskan oleh Indonesia bertujuan untuk menyediakan rangka kerja bagaimana kerajaan boleh bertindak balas kepada maklumat palsu atau mengelirukan yang disebarkan dalam media atau melalui platform media sosial.

    Garis panduan ini juga bertujuan untuk mencipta piawaian dan amalan baik untuk pegawai maklumat kerajaan; menggalakkan ketepatan dan kebolehpercayaan, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam komunikasi kerajaan; menambah baik penyelarasan dan kerjasama antara agensi kerajaan dan memastikan maklumat kerajaan adalah telus dan bertanggungjawab.

    Amri turut menggesa Pasukan Petugas ASEAN (TFFN) bagi Menangani Berita Palsu yang ditubuhkan pada 2019, untuk mengikuti perkembangan digital yang boleh memburukkan penyalahgunaan dalam talian dan mewujudkan pertikaian dalam masyarakat, dengan memperkukuh promosi kesejahteraan dan literasi siber serta meningkatkan kecekapan dalam pengesanan dan respons.

    “Bagi tujuan ini, mesyuarat menekankan keperluan untuk membangunkan dan mengguna pakai penyelidikan berdasarkan bukti yang lebih baik dan pendekatan yang boleh mempertingkatkan penggubalan dasar dalam menangani kesan buruk ancaman siber ini,” menurut kenyataan tersebut.

    Sementara itu, Amri menegaskan keperluan agar sektor media dan maklumat lebih berdaya tahan dan responsif sebagai tindak balas kepada perubahan landskap maklumat yang cepat. Menurutnya, sektor media dan maklumat perlu menjadi medium aktif bagi pembelajaran sepanjang hayat yang inklusif untuk meningkatkan kesedaran dan kecekapan digital bagi warga ASEAN, kerana pengaruh media sosial dan baharu yang semakin berkembang mempunyai potensi untuk menimbulkan kebimbangan orang ramai dan mendorong perbincangan terhadap isu sosial.

    ALSO READ:  Ahmad: Istilah 'gelombang rakyat' oleh PN hanya temberang

    Amri mengiktiraf bahawa teknologi maju dan kecerdasan buatan telah mencipta dan membentuk kandungan digital dengan cara yang belum pernah berlaku sebelum ini. Kenyataan tersebut menjelaskan walaupun perubahan itu telah membuka peluang dalam penceritaan yang inovatif, ia juga memberi cabaran seperti penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat, serta ancaman siber berikutan eksploitasi penjenayah terhadap teknologi digital.

    Amri turut menyatakan bahawa transformasi digital telah mengganggu industri media, terutamanya model perniagaan seperti radio dan kewartawanan cetak yang perlu menyesuaikan diri dengan lebih baik bagi memenuhi permintaan khalayak yang pelbagai.

    Mesyuarat itu juga menyokong Deklarasi Da Nang tentang “Media: Daripada Maklumat kepada Pengetahuan untuk ASEAN yang Berdaya Tahan dan Responsif” yang mengiktiraf perananan penting media dalam pelbagai bidang seperti menyumbang kepada matlamat warganegara yang diperkasakan oleh pengetahuan. Deklarasi tersebut juga mengiktiraf perananan media dalam memupuk Identiti Asean bagi menggalakkan perpaduan sosial dan memperdalam semangat kekitaan serantau sebagai respons kepada perubahan landskap media susulan transformasi digital.

    Dalam sesi pleno AMRI Campur Tiga ke-7 sebelum ini, China, Jepun, dan Korea Selatan telah menyatakan sokongan berterusan mereka untuk kerjasama yang lebih erat dengan ASEAN dan negara anggotanya.

    Amri ke-16 dengan tema “Media: Daripada Maklumat kepada Pengetahuan untuk ASEAN yang Berdaya Tahan dan Responsif”, telah diadakan di Furama Resort Danang dan dihadiri oleh negara anggota ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan (Campur Tiga), serta Timor Leste sebagai pemerhati. Delegasi Malaysia diketuai oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, dan turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan (JaPen) Datuk E. Sivabalan. Pegawai tinggi daripada KKD dan agensinya juga merupakan sebahagian daripada delegasi negara tersebut.

    ALSO READ:  Padu bukti kegagalan 'raja formula' Rafizi, kata Puad

    Fahmi Fadzil, ketika ditemui selepas Amri, menyatakan bahawa mesyuarat ini telah menghasilkan kerjasama yang erat di kalangan negara ASEAN dan bersetuju untuk bekerjasama secara rapat dalam memerangi berita palsu dan maklumat tidak tepat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts