Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Pertimbang aspek cubaan bunuh dalam kebakaran rumah Ngeh'

    ‘Pertimbang aspek cubaan bunuh dalam kebakaran rumah Ngeh’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis perlu menyiasat dakwaan serangan membakar rumah Ngeh Koo Ham dari pelbagai sudut, termasuk cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

    Beliau juga menyatakan bahawa polis perlu mempertimbangkan aspek pelaku memilih untuk menyerang ketika mangsa sedang tidur.

    “Oleh itu, niat untuk menyebabkan kematian tidak boleh diketepikan.

    “Selain itu, kita juga mesti melihat punca di sebalik kejadian itu, sama ada pelakunya didorong atau dihasut untuk melakukan kesalahan itu disebabkan kenyataan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

    Ramkarpal mengulas kenyataan Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri semalam, yang berkata polis telah menahan seorang individu kerana didakwa terlibat dalam serangan itu.

    “Individu yang ditahan berusia dalam lingkungan tiga puluhan dan tidak memiliki rekod jenayah.

    “Permohonan reman dibuat dan diluluskan selama lima hari sehingga 16 Jan untuk siasatan lanjut,” katanya.

    Ramkarpal Singh

    Yusri menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang menyentuh melakukan khianat dengan api dan boleh dipenjara 14 tahun dan denda.

    Sambil memuji polis atas tindakan pantas, Ramkarpal berkata, sekiranya pelaku dihasut untuk melakukan perbuatan itu, pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

    “Hakikat bahawa perbuatan itu dilakukan pada awal pagi menunjukkan kemungkinan besar bahawa pelaku mempunyai niat untuk mendatangkan lebih banyak bahaya daripada apa yang sebenarnya berlaku,” dakwanya.

    Awal hari ini, Yusri berkata pelaku bukan ahli mana-mana parti politik.

    “Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu bukan ahli mana-mana parti politik.

    “Malah, dia tidak tinggal di Manjung pun,” katanya seperti dilaporkan media.

    Pada 10 Jan, jam 2.50 pagi, kebakaran berlaku di rumah Ngeh, dipercayai daripada serangan bom botol.

    ALSO READ:  Ops cari tiga remaja hilang dihanyut arus deras bersambung hari ini

    Walaupun tiada korban dan kecederaan, tiga kenderaan ahli parlimen Beruas itu terbakar dalam kejadian itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts