Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPertumbuhan sektor agromakanan negara kekal positif - PM

    Pertumbuhan sektor agromakanan negara kekal positif – PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pertumbuhan sektor agromakanan negara kekal positif walaupun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran ekonomi global dan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata sumbangan signifikan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022 berjumlah RM173.9 bilion atau 11.5 peratus. “Nilai tambahan (value added) ini meliputi pengeluaran agromakanan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan,” katanya dalam ucapan perasmian sambutan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di Ipoh hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, mewakili Perdana Menteri merasmikan majlis berkenaan. Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Bagaimanapun Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kebergantungan import makanan yang tinggi mencecah RM75.5 bilion tahun lalu merupakan cabaran yang perlu ditangani bagi meningkatkan tahap keterjaminan makanan negara.

    Beliau berkata trend juga menunjukkan peningkatan defisit perdagangan dalam sektor agromakanan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Justeru katanya potensi sektor agromakanan perlu dikembangkan sebagai antara penyumbang utama ekonomi negara. “Fokus kerajaan MADANI masa kini berada dalam landasan yang tepat untuk mengangkat dan memartabatkan sektor agromakanan,” katanya. Anwar berkata keterjaminan makanan yang diberikan tumpuan khusus dalam Belanjawan MADANI 2024 merupakan cerminan usaha memperhebat kelangsungan industri agromakanan negara bagi meningkatkan pengeluaran makanan tempatan dan mengurangkan kebergantungan import. Beliau berkata pelbagai usaha dilaksanakan dalam menyediakan insentif secara inklusif kepada warga pengeluar makanan negara antaranya menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per tan metrik. “Meningkatkan harga lantai belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 per tan metrik; serta memulakan usaha rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun,” katanya. Anwar berkata kerajaan juga meneruskan pemberian Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan dan mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah iaitu RM1.65 seliter kepada nelayan kelas tertentu dengan kuota 840 juta liter setahun.

    ALSO READ:  Mahkamah putuskan Muhyiddin dapat pasport kekal atau tidak pada 29 Nov

    Menurut beliau menerusi Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan dengan peruntukan RM400 juta, ia memberikan tumpuan khusus untuk meningkatkan pengeluaran makanan tempatan yang masih bergantung kepada sumber import. Dalam pada itu Anwar berkata HPPNK adalah program istimewa berlangsung secara dwitahunan bagi meraikan golongan peladang, penternak dan nelayan di negara ini. “Penganjurannya antara lain sebagai manifestasi penghargaan kerajaan terhadap sumbangan pengeluar makanan, walaupun terkesan dengan pelbagai cabaran sektor agromakanan di peringkat global dan tempatan seperti cuaca ekstrem akibat perubahan iklim, krisis geopolitik global, kenaikan kos input pertanian khususnya baja dan racun,” katanya. Sambutan HPPNK 2023 yang berlangsung tiga hari mulai hari ini bertema “Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan” bertepatan dengan aspirasi memberi tumpuan kepada aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi sektor pertanian selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030.- Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts