Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPerunding perniagaan didakwa lupus, pindah wang haram

    Perunding perniagaan didakwa lupus, pindah wang haram

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang perunding perniagaan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini atas tujuh pertuduhan melupuskan dan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram bernilai RM53,144, tiga tahun lepas.

    Khairul Khuzaini Zamsani, 29, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud.

    Khairul Khuzaini didakwa atas empat pertuduhan melupuskan wang berjumlah RM22,254 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun simpanan miliknya.

    Dia juga berdepan tiga pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM30,890 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram ke akaun simpanan milik tiga wanita tempatan berusia 26 hingga 58 tahun.

    Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Pandamaran, Klang antara 13 April hingga 15 Mei 2021.  

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan. 

    Timbalan Pendakwa Raya Julaianazriana Jaafar mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.  

    Peguam Sabrina Mohd yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM15,000 berikutan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan mempunyai penyakit asma selain menanggung ibu bapanya. 

    Awang Krisnada membenarkan tertuduh diikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah. 

    “Saya juga mahu lihat laporan perubatan berkaitan penyakit asma pada tarikh sebutan semula pada 13 Feb depan atau jaminan akan dinaikkan,” katanya.  

    ALSO READ:  Asyraf: Sindiran Pua tak jejas hubungan parti dalam k'jaan

    Pada 27 Julai 2021, Khairul Khuzaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu pelakon Datuk Mohd Fairus Zainal Abidin atau Fizz Fairuz berhubung projek pembersihan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts