Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPeruntukan Generasi Penamat bercanggah perlembagaan - AGC

    Peruntukan Generasi Penamat bercanggah perlembagaan – AGC

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memberikan pandangan secara konsisten sejak 2022 bahawa peruntukan berkaitan generasi penamat atau GEG dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dipertikaikan di mahkamah.

    Kenyataan AGC semalam memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

    “…peruntukan itu mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama di antara seseorang yang dilahirkan sebelum 1 Januari 2007 dan seseorang yang dilahirkan pada dan selepas 1 Januari 2007,” katanya.

    AGC merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang disiarkan dalam portal badan pemerhati kesihatan CodeBlue pada 14 November lepas dan portal akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times pada 16 November lepas.

    Khairy mendakwa AGC telah memberikan kebenaran kepada rang undang-undang itu ketika dibawa ke Parlimen pada tahun lepas sebelum membuat keputusan mendadak untuk menggugurkannya.

    Beliau mendakwa tindakan menggugurkan rang undang-undang itu dilakukan susulan tekanan politik berbanding kebimbangan terhadap kesahihannya dari segi perlembagaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts