Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPeruntukan pembangkang: PAS dakwa kerajaan amal politik rimba

    Peruntukan pembangkang: PAS dakwa kerajaan amal politik rimba

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemimpin PN Enggan Salurkan Peruntukan Untuk Wakil Rakyat Pembangkang

    Di sebalik penjelasan bahawa peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang hanya akan disalurkan selepas perbincangan dengan kerajaan, namun pemimpin Perikatan Nasional (PN) terus enggan berbuat demikian. Mereka, sebaliknya mendakwa kerajaan PH-BN mengamalkan politik rimba.

    Malah, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sekatan oleh kerajaan hari ini terhadap pembangkang bukan sikap demokratik seperti yang dilaung-laungkan oleh PH – bekas rakan pakatannya sebelum ini. “Siapa nak peruntukan? Sokong kerajaan! Sokong kerajaan, kita bagi peruntukan. Inilah gaya politik rimba yang diteruskan oleh kerajaan hari ini. Di mana reformasinya? Telah berunding, namun tetap sama. Kecewanya pada hari ini, reformasi itu telah terkubur,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

    Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berkata peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang belum dapat ditentukan kerana Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin belum lagi berbincang dengannya. Fadillah berkata disebabkan itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih berharap Hamzah akan mengadakan perbincangan berhubung soal peruntukan itu terlebih dahulu, sebelum sebarang keputusan dapat diambil.

    Mengulas lanjut, ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata dia kecewa dengan pendekatan yang dibuat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini. “Sewaktu saya menjadi wakil rakyat sekitar 1999 dulu, langsung tiada satu sen peruntukan untuk rakyat kepada ahli parlimen pembangkang. Pembangkang bersama-sama rakyat pada ketika itu bangkit mendesak supaya diubah sistem-sistem rimba dengan agenda reformasi. Kecewanya pada hari ini, reformasi itu telah terkubur,” katanya.

    Menurut Tuan Ibrahim yang juga adalah ketua pembagkang DUN Pahang, tindakan itu juga jelas berbeza dengan pendekatan yang diambil PN di Negeri yang ditadbirnya. “Berbeza dengan Negeri-Negeri yang ditadbir oleh PN. Peruntukan diagih tidak mengira blok kerajaan mahupun pembangkang tanpa perlu berunding. Begitu juga yang kita amalkan oleh kerajaan PN dalam tempoh lalu di peringkat pusat. Ia kerana kepentingan rakyat. Kita mengiktiraf sistem dalam negara,” tambahnya.

    ALSO READ:  Diancam saman, Sanusi janji akan kemuka bukti... di mahkamah

    Pada 3 November lalu, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata dia telah bertemu Fadillah sebanyak dua kali bagi berbincang mengenai peruntukan berkenaan, sebelum memaklumkan akan menghentikan rundingan. Takiyuddin berkata ini kerana pendekatan itu jelas berbeza semasa di bawah pentadbiran bekas perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mana kerajaan menawarkan kepada pembangkang untuk tandatangan perjanjian (MoU) yang disediakan sebelum peruntukan diberikan.

    Disebabkan itu, Takiyuddin menegaskan pihaknya tidak akan menulis apa-apa surat kepada kerajaan kerana itu adalah janji dalam manifesto PH untuk memberikan peruntukan sama rata. Sebelum ini, Anwar berkata, peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang akan disalurkan jika mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan. “Runding dahulu, saya tidak pernah meletakkan syarat atau prasyarat untuk menyokong perdana Menteri… tak perlu ada syarat menyokong perdana Menteri. Ada beberapa peraturan (runding soal peruntukan dengan kerajaan) yang dilakukan dalam mesyuarat yang lalu (ketika PH menjadi pembangkang),” kata Anwar. Malah Anwar menafikan bertindak zalim dengan menganaktirikan empat Negeri diperintah PN dengan mengurangkan peruntukan. Sebaliknya, kata perdana Menteri kerajaan pusat telah meningkatkan peruntukan berbanding sebelum ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts