Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPeruntukan pembangkang: PN teliti dulu tawaran MOU kerajaan

    Peruntukan pembangkang: PN teliti dulu tawaran MOU kerajaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pembangkang akan meneliti terlebih dulu syarat-syarat yang terkandung dalam draf memorandum persefahaman (MOU) yang disiapkan kerajaan sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau tidak tawaran Putrajaya.

    Mengakui menyambut baik langkah tersebut, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin bagaimanapun memberitahu tiada keputusan yang diambil pihak pembangkang setakat ini.

    “PN menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

    “Bagaimanapun, PN selaku pembangkang akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat-syarat dalam draf MOU yang sedang disiapkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

    Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbang langkah menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

    Dia yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata satu draf MOU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

    Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu juga berkata persetujuan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

    “Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen kerajaan perpaduan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts