Suara Malaysia
Thursday, January 9, 2025
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
HomeNewsHeadlinesPeruntukan sama rata: Gerakan minta Pulau Pinang contohi Negeri PN

Peruntukan sama rata: Gerakan minta Pulau Pinang contohi Negeri PN

-

Fly AirAsia from Kuala Lumpur
Gerakan menggesa kerajaan Pulau Pinang mengikut langkah Perikatan Nasional (PN) memberi peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat termasuk Adun pembangkang di Negeri yang dikuasai mereka.

Parti itu berkata keputusan kerajaan Negeri tidak memberi peruntukan sama rata kepada wakil rakyat menggambarkan sikap yang berat sebelah.

“Keputusan itu menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan kerajaan yang diketuai oleh beliau bukan sahaja kerajaan yang berat sebelah, tetapi juga mengambil kesempatan ini untuk menghukum pengundi yang sokong PN dalam PRN ke-15 baru-baru ini.

“Gerakan menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk mengikut langkah kaki PN yang memberi peruntukan sama rata kepada semua Adun termasuk pembangkang di tiga Negeri yang ditadbir oleh PN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjelaskan kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan kepada kesemua 11 Adun pembangkang mengikut dasar sedia ada.

Bagaimanapun, Chow berkata jumlah peruntukan itu tidak akan sama dengan yang diperuntukkan kepada Adun daripada kerajaan Negeri.

“Kami (kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) akan meneruskan dasar yang sama dari segi peruntukan untuk ADUN kerajaan Negeri dan pembangkang.

“Tetapi jumlahnya (peruntukan) tidak akan sama,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis angkat sumpah ADUN di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, semua Adun Pulau Pinang bagi penggal ini akan menggunakan baki peruntukkan penggal lalu untuk dibelanjakan di kawasan masing-masing, lapor kosmo!.

Minggu lalu, NGO reformasi pilihan raya, Bersih memuji kerajaan Kelantan susulan pengumuman Menteri Besarnya, Mohd Nassuruddin Daud untuk menyediakan dana pembangunan kawasan sama rata kepada semua Adun Negeri itu.

ALSO READ:  Motor racing-Hamilton expects Antonelli to handle his car with care

Ini termasuk dua kerusi DUN pembangkang Kelantan yang diwakili BN dan PH.

Menurut Bersih, peruntukan pembangunan kawasan sama rata yang dimulakan kerajaan Perak di bawah kepimpinan Saarani Mohamad sejak 2020 dan kini diikuti kerajaan Kelantan perlu diteladani Negeri-Negeri lain.

“Kematangan politik seperti yang dilakukan di Perak dan Kelantan adalah jalan ke hadapan untuk negara bergerak ke arah politik yang lebih profesional dan tidak menghukum hanya kerana berbeza ideologi politik,” kata Bersih.

Suara
Suarahttps://www.suara.my
Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

Related articles

ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

Subscribe to Newsletter

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

Latest posts