Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPesan PM pada JKDM, JIM: Setiasasa berdisiplin, jaga integriti

    Pesan PM pada JKDM, JIM: Setiasasa berdisiplin, jaga integriti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diingatkan agar sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.

    Pesanan itu disampaikan Anwar Ibrahim kepada anggota penguat kuasa berkenaan ketika perdana Menteri membuat lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) semalam.

    Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar juga mahu semua anggota berkenaan memastikan tiada lagi kecurangan berlaku, yang seterusnya boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.

    Dalam hantaran sama yang turut disertakan dengan video rangkuman tinjauan Perdana Menteri ke LTAPP, Anwar berkata lawatan berkenaan dibuat bagi melihat sendiri pengurusan dan fasiliti lapangan terbang serta penugasan anggota khususnya JKDM dan JIM.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar, sempena lawatannya ke Negeri itu semalam dilapor berkata pembesaran LTAPP merupakan antara perkara yang disentuh dalam taklimat tersebut.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts