Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPesanan Lip Eng pada MCA - 'Sikap angkuh bawa padah'

    Pesanan Lip Eng pada MCA – 'Sikap angkuh bawa padah'

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tidak dapat melupakan perseteruan lamanya dengan DAP, MCA memutuskan tidak menyertai kempen untuk calon PH Pang Sock Tao dalam PRK Kuala Kubu Bharu.

    Bagaimanapun, keputusan semalam menunjukkan langkah itu tidak memberi apa-apa kesan, sekurang-kurangnya pada pandangan ahli parlimen DAP Lim Lip Eng.

    Pride came before the fall (Sikap angkuh dan terlalu yakin membawa kegagalan),” kata ahli parlimen Kepong itu kepada Malaysiakini apabila ditanya jika dia ada pesanan untuk MCA.

    “Kita sepatutnya bekerjasama untuk kebaikan negara, terutama masyarakat Cina, namun anda memilih untuk mengutamakan kepentingan sendiri berbanding rakyat,” katanya lagi.

    Menjawab satu lagi soalan, Lim setuju bahawa PRK ini adalah satu lagi peringatan kepada MCA – dahulunya parti komponen BN yang cukup kuat – yang parti itu tidak lagi relevan.

    “PRK Kuala Kubu Bharu membuktikannya,” katanya.

    Pang Sock Tao

    Tidak lama selepas Pang diumumkan mengekalkan kerusi itu untuk DAP bagi penggal keempat, Lim dipetik media bahasa Cina sebagai berkata bahawa “baguslah” MCA tidak membantu kempen.

    Sejak PRU 2008, MCA dan juga sebuah lagi komponen BN, MIC menyaksikan kemerosotan dalam politik. “Abang besar” mereka, Umno turut menerima nasib serupa.

    Namun, MIC dan Umno memilih untuk membantu kempen Pang demi memenangi sokongan pengundi Melayu dan India.

    Pada 19 April, MCA mengumumkan mereka idak akan menyertai kempen jika calon bukan daripada BN.

    Beberapa hari kemudian, presidennya Wee Ka Siong mengimbas Kembali tindakan DAP yang “mengecam dan memaki hamun” MCA sebelum ini.

    “Takkan nak minta MCA membalas budi DAP atas ‘jasa’ mereka mencaci parti saya?” soalnya.

    Apabila ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam menggesa MCA untuk membuat keputusan berkenaan kedudukannya dalam kerajaan, Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon membalasnya dengan berkongsi video lama menunjukkan calon DAP itu mengkritik BN.

    ALSO READ:  K'jaan dedah pecahan STR 2024, jumlah RM3,700 termasuk Sara

    Setiausaha Agung Pemuda MCA Saw Yee Fung pula menggesa pengundi Cina untuk tidak memilih “roket” – merujuk kepada lambang DAP.

    Selepas perseteruan yang cukup lama, MCA dan DAP mendapati mereka kini di pihak yang sama selepas PH dan BN menubuhkan kerajaan bagi memecahkan kebuntuan keputusan PRU15.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts