Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPesara rugi lebih RM1.4j diperdaya skim 'pelaburan lumayan'

    Pesara rugi lebih RM1.4j diperdaya skim ‘pelaburan lumayan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pesara swasta mendakwa kerugian lebih RM1.4 juta selepas menyertai skim pelaburan saham yang diketahuinya menerusi akaun Facebook sejak Oktober lepas.

    Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 70 tahun mendakwa berminat untuk menyertai pelaburan itu kerana menjanjikan keuntungan lumayan.

    “Mangsa semakin tertarik kerana turut diberikan kelas pelaburan selama lapan bulan secara dalam talian sebelum membuat pelaburan pertama bernilai RM20,000.

    “Pelaburan itu, menurut mangsa, membawa pulangan sebanyak RM4,000 menyebabkan dia berani mengeluarkan wang simpanan untuk menambah modal,” katanya menerusi kenyataan di Kuantan hari ini.

    Yahaya berkata mangsa mendakwa membuat 19 kali pemindahan wang ke lapan akaun diberikan suspek bagi tujuan itu, yang secara keseluruhannya melibatkan bayaran RM1.4 juta.

    Mangsa membuat laporan polis di balai polis di Raub semalam, selepas gagal menghubungi suspek bagi mengeluarkan ‘keuntungan’ yang dijanjikan.

    Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang awam untuk berwaspada dan membuat semakan sebelum menyertai pelaburan dalam talian, khususnya yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

    Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat transaksi bagi mengurangkan risiko diperdaya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts