Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPesawat ‘gelong’ sebelum jatuh menjunam laju - Saksi

    Pesawat ‘gelong’ sebelum jatuh menjunam laju – Saksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang penduduk di Kampung Tok Muda di Kapar di kawasan sekitar tempat kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas tengah hari tadi berkata, beliau melihat pesawat itu terbang dalam keadaan ‘tidak betul’ di udara sebelum terhempas.

    Jinaidi Nasiran, 55, berkata ketika itu beliau sedang menukar tayar kereta di kawasan rumahnya, yang bertentangan dengan lokasi kejadian.

    “Pesawat itu menjunam laju, jatuh dalam pukul 1.30 petang… saya terus ke lokasi terhempas, saya lihat pesawat itu sudah berkecai dan sedikit tertanam di dalam tanah.

    “Saya cuba juga tengok jika ada mangsa, tapi tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

    Sementara itu, seorang peniaga Siti Zubaidah Salin, 60, yang tinggal kira-kira 150 meter dari kawasan kejadian berkata semasa kejadian beliau terdengar dentuman kuat dan merasa gegaran, yang pada mulanya disangkakan gempa bumi.

    “Mak cik sedang berehat dalam rumah, baru balik meniaga, tiba-tiba rasa macam gempa bumi. Mak cik keluar ke rumah tengok kalau jadi apa-apa (susulan) tapi tiada apa berlaku, tiba-tiba dengar orang bising.. pesawat terhempas,” katanya.

    Sementara itu, seorang peniaga buah Sufian Hadi Abas, 45, berkata beliau mendengar satu letupan kuat dan nampak jelas serpihan-serpihan pesawat berterbangan bersepah semasa kejadian.

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan awal petang ini mengesahkan pesawat ringan model BK 160 Gabriel itu terhempas di Kapar, Selangor hari ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts