Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPesawat tentera AS terhempas di perairan Jepun

    Pesawat tentera AS terhempas di perairan Jepun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa lapan penumpang terhempas di perairan pulau Yakushima, Wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.

    Menurut penyiar awam Jepun NHK yang memetik pihak berkuasa tempatan, Pengawal Pantai Jepun menerima panggilan kecemasan mengenai nahas melibatkan pesawat pengangkut jenis Osprey itu kira-kira 2.47 petang waktu tempatan (0547 GMT), lapor Xinhua.

    Nahas berlaku selepas pesawat itu berlepas dari pangkalan Iwakuni di Wilayah Yamaguchi menuju pangkalan Kadena di Okinawa

    Kementerian pertahanan Jepun berkata pesawat itu hilang daripada radar pada 2.40 petang waktu tempatan.

    Jurucakap pengawal pantai Jepun Kazuo Ogawa berkata bot peronda dan pesawat dikerah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

    Bagaimanapun, masih tiada maklumat lanjut mengenai nahas itu, termasuk keadaan penumpang.

    Pegawai cuaca berkata nahas berlaku ketika cuaca cerah dan baik di Yakushima dengan kelajuan tiupan angin pada 2.30 petang waktu tempatan adalah 6.84 kilometer sejam.

    Tiada amaran atau nasihat dikeluarkan ketika kejadian.

    Osprey yang juga boleh terbang seperti helikopter mempunyai rekod kemalangan di Jepun dan di luar negara.

    Ogos lepas, sebuah pesawat Osprey terhempas di utara Australia, mengorbankan tiga orang kru.

    Sebuah lagi Osprey terhempas di pulau selatan Okinawa, Jepun pada Disember 2016.

    Bernama-Xinhua

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts