Satu pesawat tentera udara Jordan telah menjalankan misi untuk menghantar bantuan perubatan ke hospital medan Jordan di Gaza. Pesawat tersebut telah menggunakan kaedah payung terjun (air-dropped) untuk menghantar bantuan itu pada Sabtu yang lalu. Menurut seorang pegawai Angkatan Tentera Jordan, misi ini merupakan satu lagi langkah untuk menyokong kemampuan hospital tersebut.
Operasi tersebut dilakukan atas kerjasama antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar. Tujuan utama operasi ini adalah untuk meningkatkan kemampuan hospital dan juga meningkatkan keupayaan kakitangan perubatan di Gaza. Ia dilaporkan oleh Agensi Berita Jordan (Petra).
Pihak Angkatan Tentera Jordan turut mengesahkan bahawa hospital tersebut masih mampu beroperasi walaupun dihadapi situasi yang mencabar di tengah-tengah pengeboman yang berterusan di Semenanjung Gaza oleh pihak Israel.
– Bernama-Petra