Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPesawat TUDM buat pendaratan cemas di lapangan terbang Subang

    Pesawat TUDM buat pendaratan cemas di lapangan terbang Subang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat Kuala Lumpur, 1 petang tadi. Bahagian Perhubungan Awam TUDM yang mengesahkan kejadian berkenaan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa semua empat anak kapal pesawat itu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

    Menurutnya kejadian berlaku semasa pesawat dari 16 Skuadron yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 11.27 pagi, sedang melaksanakan latihan penerbangan. “TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Norazman Mahmud dalam kenyataan berkata juruterbang pesawat berkenaan telah memaklumkan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang mengenai masalah gear pendaratan dan meminta bantuan untuk mendarat.

    “Menara ATC kemudian memaklumkan kepada Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang Subang bagi mengaktifkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dan menyediakan bantuan kecemasan kepada pesawat semasa mendarat,” katanya.

    Beliau berkata pesawat berkenaan dalam proses dialihkan dan landasan lapangan terbang dijangka dibuka semula untuk beroperasi pada 5 petang. Menurutnya siasatan dilaksanakan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

    – Bernama

    Berikut adalah video daripada Twitter pengguna AzimAzhar (@abdulazimazhar) yang menunjukkan pesawat Beechcraft B 200T melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Dalam video tersebut, masalah gear pendaratan pesawat itu jelas kelihatan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts