Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPetisyen Nik Elin: KJ minta Raja-raja Melayu campur tangan redakan keadaan

    Petisyen Nik Elin: KJ minta Raja-raja Melayu campur tangan redakan keadaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usaha kerajaan menguruskan isu keputusan mahkamah tertinggi negara menerima permohonan pasangan ibu dan anak membatalkan 18 peruntukan enakmen digubal Kelantan boleh menjadi lebih serius jika tidak ditangani dengan betul, kata bekas Menteri Khairy Jamaluddin.

    Kerana itu, katanya, perananan Raja-raja Melayu perlu dilibatkan sebelum sebarang langkah lanjut – termasuk membawa cadangan pindaan perlembagaan ke parlimen – diambil.

    Menjelaskan isu tersebut dalam podcast Keluar Sekejap, Khairy berkata isu berkenaan boleh menjadi sangat emotif kepada banyak pihak.

    “Dalam kes ini, sebelum ia (dibawa) pergi ke parlimen nanti, diharapkan ia dipersembahkan kepada Raja-raja Melayu untuk mereka memainkan perananan agar isu ini tidak diapi-apikan.

    “Hanya mereka boleh bertitah (untuk memberikan pandangan) dan hanya mereka yang akan didengar (rakyat) supaya ia tidak dieksploitasi,” katanya yang bersiaran bersama Shahril Hamdan.

    Program itu dimuat naik di YouTube semalam.

    Pada 9 Feb lalu sembilan hakim bersidang untuk menyampaikan keputusan mereka terhadap petisyen difailkan peguam dari Kelantan, Nik Elin Nik Abdul Rashid, bersama anak perempuannya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman, untuk membatalkan 18 fasal dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan 2019.

    Idea PAS ‘berbahaya’

    Dalam keputusan tersebut, lapan hakim memihak kepada permohonan Nik Elin. Bagaimanapun tidak semua 18 peruntukan tersebut diterima sebaliknya dua ditolak.

    Bagaimanapun Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel berkenaan menegaskan ketetapan dibuat itu sama sekali tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara, serta keberadaan institusi mahkamah syariah.

    Nik Elin dan Tengku Yasmin Natasha mula memfailkan notis bagi mencabar peruntukan dalam enakmen berkenaan pada 25 Mei 2022, manakala kebenaran diberi mahkamah pada 30 Sept tahun yang sama.

    ALSO READ:  KKM larang jual produk coklat jenama Slymchoco atau Slymochoco

    Pasangan anak dan ibu itu kemudian memfailkan petisyen mereka di mahkamah pada 13 Okt 2022.

    Khairy berkata berdasarkan pemerhatiannya sejak keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen tersebut, nasihat harus diberikan dari pihak tertinggi di negara ini, iaitu Raja-raja Melayu.

    Shahril – yang bersetuju dengan pandangan Khairy – kemudian menambah, kerajaan pula harus cuba dan mencari jalan untuk melibatkan semua pihak termasuk pembangkang untuk memberikan pandangan secara konstruktif.

    “Jika tidak, isu itu akan menjadi hangat dari hari ke hari dan itu tidak akan menguntungkan sesiapa pun,” katanya.

    Mengulas lanjut, Khairy berkata untuk ahli politik yang “degil” dari pihak kerajaan atau pembangkang pula, Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil mereka untuk diberi peringatan agar isu berkenaan tidak dipolitikkan.

    “Kerana ini adalah soal agama, bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan, dan asas negara kita,” katanya.

    Takiyuddin Hassan

    Sebelum itu Khairy dan Shahril bersependapat bahawa keputusan mahkamah tertinggi baru-baru ini hanya membabitkan sempadan bidang kuasa antara undang-undang persekutuan dan Negeri, dan tidak ada kaitan dengan keberadaan undang-undang syariah.

    Khairy juga menganggap kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bahawa keputusan hakim terbabit sebagai “Black Friday” untuk sistem kehakiman syariah negara sebagai kata-kata yang mahu menghangatkan keadaan.

    “Ini meningkatkan elemen 3R (kaum, agama, raja-raja) tanpa sebab. Ini keputusan adalah soal bidang kuasa, jangan cuba mempolitikkannya,” tambah bekas ketua Pemuda Umno itu lagi.

    Dia turut menyelar cadangan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, yang meminta kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan bidang kuasa jenayah dalam senarai bersamanya sebagai idea “berbahaya” dan akan menimbulkan kekeliruan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts