Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPetisyen PRU Masjid Tanah: Mahkamah keluar waran tangkap ke atas 2 saksi

    Petisyen PRU Masjid Tanah: Mahkamah keluar waran tangkap ke atas 2 saksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Mahkamah Pilihan Raya Melaka mengeluarkan waran tangkap terhadap dua saksi yang gagal hadir semasa perbicaraan penuh hari ini terhadap petisyen calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid yang mencabar kemenangan pemimpin PN Mas Ermieyati Samsudin bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah pada pilihan raya umum ke-15.

    Peguam, Abdul Hakim Amin Othman memaklumkan kepada media bahawa waran tangkap itu dikeluarkan terhadap dua saksi pempetisyen – iaitu Pengerusi Pemuda Bersatu (Armada) Akmal Zahin Zainal Zahir dan bekas setiausaha sulit Mas Ermieyati, Noor Hashimah Noordin.

    “Waran tangkap ke atas Akmal dikeluarkan atas kegagalannya hadir sebagai saksi.

    “Dia diperintahkan hadir di Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Melaka bagi memberi keterangan berhubung dakwaan dirinya (Akmal) memberi dorongan (sogokan) semasa PRU15 di Masjid Tanah.

    “Hakim Mahkamah Pilihan Raya Abu Bakar Katar mengeluarkan waran tangkap apabila Akmal gagal hadir ke mahkamah untuk perbicaraan,” kata peguam itu.

    Amin menjelaskan, semasa perbicaraan, satu video telah ditenderkan yang didakwa menunjukkan Akmal menyerahkan bungkusan berisi wang kepada pengundi di kawasan itu.

    “Waran tangkap juga dikeluarkan kepada Hashimah oleh mahkamah yang sama kerana gagal hadir sebagai saksi yang disapina,” kata peguam itu.

    Menurut Amin, mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Sept untuk kedua-dua saksi menghadiri prosiding seterusnya.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam yang mewakili Mas Ermieyati, Mohd Faizi Che Abu mengesahkan apa yang berlaku di Mahkamah Pilihan Raya awal hari ini.

    Pada 7 Feb lalu, Hakim Mahkamah Pilihan Raya Melaka Anselm Charles Fernandis membenarkan bantahan awal Mas Ermieyati untuk membatalkan petisyen pilihan raya Abdul Hakim.

    Bagaimanapun, pada 2 Mei, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Abdul Hakim untuk mengembalikan semula tindakan undang-undang, dan memerintahkan petisyen itu dikembalikan ke mahkamah tinggi untuk perbicaraan penuh di hadapan hakim lain, iaitu Abu Bakar.

    ALSO READ:  Orban confident EU will reimburse Hungary's border protection costs

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts