Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPetronas komited bekerjasama dengan Sarawak - CEO

    Petronas komited bekerjasama dengan Sarawak – CEO

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan terus bekerjasama dengan kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan sumber minyak dan gasnya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz hari ini.

    Petronas berminat untuk membangunkan bidang di luar perjanjian penyelesaian komersial yang dilaksanakan pada 7 Dis 2020, yang turut menyentuh mengenai kawasan di sekitar penyertaan huluan.

    “Kami ingin menegaskan sekali lagi dalam usaha kami ke atas lima penemuan di luar Sarawak. Kami tetap mengiktiraf sifat prolifik rizab di sana dan kami membuat komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan Negeri bagi mengembangkan bahagian itu,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi kewangan separuh pertama 2023 kumpulan itu yang berakhir 30 Jun 2023.

    Tengku Muhammad Taufik berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai kenyataan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.

    Abang Johari sebelum ini menyeru syarikat tenaga global dan petrokimia Shell untuk menjadi rakan kongsi Sarawak dalam membangunkan sumber minyak dan gasnya termasuk penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).

    Abang Johari menambah Shell mempunyai sejarah yang panjang dalam industri minyak dan gas Sarawak selain memainkan perananan penting dalam pembangunan ekonominya sejak minyak mula digerudi pada 1910 di Miri.

    Tengku Muhammad Taufik berkata penglibatan Petronas tetap berterusan sehinggakan ia mempunyai wakil Negeri Sarawak dalam lembaganya.

    “Kami komited kepada Sarawak. Kami terus melaksanakan tanggungjawab kami dalam PDA 1974 (Akta Kemajuan Petroleum 1974). Tugas serta kewajipan kami sebagai sebuah institusi, di bawah undang-undang, adalah untuk memastikan kami menghargai setiap molekul dan kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts