Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPH jangan hilang sokongan pengundi teras, kata Nik Nazmi

    PH jangan hilang sokongan pengundi teras, kata Nik Nazmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    WAWANCARA | PH tidak sepatutnya meminggirkan idea gabungan itu dan meletakkan risiko kehilangan penyokong terasnya dalam usaha menarik pengundi pembangkang berhaluan kanan, kata Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu ini, Nik Nazmi berkata PH tidak akan dapat mengatasi seteru politiknya, PN dalam menjuarai isu Melayu.

    Mengambil contoh pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu yang akan datang, Nik Nazmi percaya gabungan pemerintah itu sepatutnya menyasarkan pengundi atas pagar berbanding memenangi hati penyokong tegar PN.

    “Kita perlu sampai kepada mereka. Saya fikir masih banyak orang yang duduk atas pagar yang berbolak-balik dari satu parti ke parti lain. Dan, secara tradisinya, mereka telah menentukan siapa yang menang atau kalah dalam pilihan raya.

    “Jadi, pertamanya ialah kita tidak mahu kehilangan asas kita, tetapi kita perlu menarik pengundi yang berbolak-balik sama ada mereka Melayu atau bukan Melayu dan menangani kebimbangan mereka,” katanya.

    Selepas pilihan raya umum ke-15, PH dikatakan cuba memenangi sokongan kumpulan Melayu dan Islam konservatif sehingga menghampakan penyokong parti itu yang terdiri daripada berbilang kaum.

    Secara umum, kepimpinan PH dikritik kerana cuba mengatasi PN yang kini menguasai sebahagian besar kerusi majoriti Melayu di Semenanjung.

    Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai hal itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian.

    Sebaliknya, Nik Nazmi berkata pemimpin PH terutamanya PKR, telah berusaha sehabis baik untuk mencari keseimbangan.

    “Ia sentiasa merupakan tindakan seimbang yang mencabar. Dan saya fikir PKR paling terkesan. Kami tertekan di tengah-tengah kerana kawasan pilihan raya kami adalah berbilang kaum.

    “Bagi ramai parti politik, mereka mempunyai jawapan atau templat penyelesaian yang mudah. Tetapi bagi PKR, kita tidak boleh kerana kita mempunyai orang yang sangat liberal di satu kutub dan orang yang agak konservatif di kutub lain dalam kawasan pilihan raya kami,” katanya.

    ALSO READ:  Anwar jumpa pemimpin Hamas di Qatar

    Strategi Sosio-Ekonomi

    Nik Nazmi berkata PH tidak akan meninggalkan prinsip mereka untuk mendapatkan undi dan hal ini telah ditunjukkan melalui tindakan pemimpin mereka.

    Dia merujuk kontroversi melibatkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek- juga dari PKR – yang baru-baru ini dikritik kerana mengeluarkan arahan agar kantin sekolah terus beroperasi semasa Ramadan dan mengharamkan perkataan ‘kafir’ di rumah.

    Memuji Fadhlina kerana tetap setia kepada prinsip dengan melakukan perkara yang betul, Nik Nazmi berkata pemimpin PH tidak akan tunduk kepada tekanan walaupun itu bermakna mereka perlu “mengalami tekanan daripada pangkalan konservatif”.

    “Pada penghujungnya, kita tidak boleh mengatasi PN dalam hal menggunakan isu Melayu atau isu Islam, kerana kita tahu bahawa itu adalah kelebihan mereka secara perbandingan.

    Tambah Nik Nazmi, tidak semua Melayu yang mengundi PN pada PRU16 berbuat demikian semata-mata atas isu perkauman atau agama.

    Walaupun dilihat bergitu, dia percaya ramai yang mengundi PN atas faktor sosio-ekonomi.

    Justeru pemimpin PKR itu berkata, kerajaan PH merancang untuk mendekati pengundi PN dengan menangani isu-isu sosio-ekonomi negara melalui reformasi ekonomi dan inisiatif yang sedang berjalan.

    “…orang-orang yang bagi mereka nombor satu (pertimbangan) tetap tentang kaum dan agama, kita tidak dapat menarik mereka kembali kerana sangat sukar bagi mereka untuk mengundi untuk PH, kan?

    “Tetapi jika faktor asasnya masih sosio-ekonomi, saya fikir kita boleh menarik mereka,” kata Nik Nazmi.

    Tingkatkan komunikasi

    Sementara itu, Nik Nazmi percaya PH sepatutnya memperbaiki komunikasi mereka terutamanya dengan masyarakat Melayu.

    Dia mengakui PH kini sedang berusaha menyaingi PN di media sosial walaupun berada dalam kerajaan.

    Ini katanya berbeza sama sekali ketika era Reformasi sehingga awal kemunculan Facebook dan Twitter di mana mereka mempunyai kelebihan di dunia maya.

    ALSO READ:  JPS K'tan boleh saman syarikat lombong emas tanpa EIA - Takiyuddin

    “Kita pasti perlu melakukan yang lebih baik dalam berinteraksi dengan media, dengan menggunakan media sosial, sampai kepada mereka, bahkan menggunakan perkara-perkara seperti, jika anda bercakap tentang pengundi Melayu, bagaimana anda berinteraksi dengan NGO agam, dengan institusi keagamaan, dan bukan hanya (bergantung kepada) Jakim, TV Al Hijrah dan semua itu kerana itu sudah ada.

    “Betul, itu untuk kerajaan tetapi anda perlu melangkaui pergi ke madrasah, pergi ke pondok dengan pendakwah bebas dan semua itu.

    “Bagaimana nak sampai kepada mereka? Dan saya fikir kita perlu berbuat lebih baik dalam hal itu,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts