Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPH, MB, Anwar perlu nasihatkan sultan ampunkan Wan Ji - LFL

    PH, MB, Anwar perlu nasihatkan sultan ampunkan Wan Ji – LFL

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) perlu menasihatkan Sultan Selangor supaya mengampunkan pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin yang sedang menjalani hukuman penjara sembilan bulan kerana kesalahan hasutan. Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek dalam satu kenyataan berkata, ini selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. “Di bawah Perkara 42(4)(b), Sultan memberi pengampunan atas nasihat Lembaga Pengampunan Selangor. Dan menurut Perkara 42(5), Menteri Besar Selangor adalah ahli Lembaga Pengampunan,” katanya.

    Selain PH dan Menteri Besar, Amirudin Shari yang mewakili PKR, Zaid berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga tidak boleh berdiam diri. “Ketika menjadi pembangkang, Anwar telah bercakap secara khusus dalam kes Wan Ji. Pada 2019, Anwar telah mengeluarkan kenyataan membantah pensabitan Wan Ji atas dakwaan menghasut oleh Mahkamah Tinggi. “Menurutnya hukuman itu “keras” dan “tidak konsisten dengan peralihan demokrasi”. Kini Anwar sebagai Perdana Menteri berada dalam kedudukan untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan terhadap Wan Ji,” kata Zaid.

    LFL menganggap Wan Ji yang kini menjadi mangsa Akta Hasutan 1948 yang menindas itu sebagai sesuatu yang “sungguh mengerikan dan tidak boleh diterima” serta pelanggaran kebebasan bersuara. “Menambahkan garam kepada luka adalah bahawa pemenjaraannya adalah di bawah kerajaan pimpinan PH, yang sebelum ini memperjuangkan pemansuhan Akta Hasutan,” kata Zaid.

    Sehubungan itu, menurutnya, Peguam Negara dalam kapasitinya sebagai kerajaan persekutuan dan ketua penasihat undang-undang perdana Menteri juga duduk sebagai ahli Lembaga Pengampunan Selangor di bawah Perkara 42(5) mesti menasihatkan Wan Ji diberikan pengampunan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts