Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'PH perlu menangi hati orang Melayu dengan ekonomi'

    ‘PH perlu menangi hati orang Melayu dengan ekonomi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mengingatkan Pakatan Harapan (PH) agar tidak mengikut rentak golongan konservatif selepas tamatnya enam pilihan raya Negeri (PRN).

    Sebaliknya, dia berkata PH harus menumpukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu untuk memenangi hati mereka.

    “Kita perlu menumpukan kepada ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan, menurunkan harga, sokongan yang diinstitusikan buat ibu tunggal untuk membawa kembali pengundi Melayu ke pangkuan PH,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

    “Saya selalu kata pilihan raya ini bukan referendum ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi ia sudah tentu menunjukkan PH tidak mendapat tarikan dalam kalangan pengundi Melayu.

    “Oleh itu kita perlu memahami rungutan mereka dan melakukan segala usaha untuk bertindak balas terhadap keperluan mereka. Atau berisiko kehilangan sokongan mereka selama-lamanya,” tambahnya.

    PH dan BN mengekalkan penguasaan Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan pada pilihan raya semalam.

    Bagaimanapun, mereka gagal memenangi sebarang kerusi di Terengganu dan mengalami kekalahan besar di Kedah, sementara PN meluaskan pengaruh di Selangor dan Pulau Pinang dengan memenangi kerusi Melayu.

    Sebelum pilihan raya, kerajaan dilihat telah berusaha untuk memujuk golongan konservatif, termasuk mengharamkan jam tangan Swatch yang berunsur LGBT.

    PH dan BN juga melancarkan serangan ke atas pemimpin PN seperti Pengerusi PN Kedah Muhammad Sanusi Md Nor untuk memenangi sokongan.

    Charles, yang juga pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), berkata langkah sedemikian tidak berkesan.

    “Pengharaman jam tangan Swatch misalnya hanya akan mengasingkan pengundi bukan Melayu.

    “Memburukkan PAS dan menggunakan undang-undang pencegahan tidak menutupi populariti PN yang semakin meningkat.

    “Oleh itu, PH perlu memberi tumpuan kepada pembaharuan dan kekal di jalan tengah,” katanya.

    ALSO READ:  ULASAN | Memahami polemik harga minyak

    Sementara itu, bekas ahli parlimen DAP itu berkata, PH juga harus mengelak daripada mengecam pengundi yang mengundi PN dan sebaliknya menumpukan usaha untuk melindungi dan meningkatkan hak dan kebajikan rakyat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts