Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPilihan raya umum Britain pada 4 Julai - PM Sunak

    Pilihan raya umum Britain pada 4 Julai – PM Sunak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL l Britain akan mengadakan pilihan raya umum negara itu pada 4 Julai, kata Perdana Menteri, Rishi Sunak.

    “Awal hari ini, saya telah menghadap Raja (Raja Charles III) untuk memohon perkenan pembubaran Parlimen.

    “Raja telah memperkenankan permintaan itu dan kita akan mengadakan pilihan raya umum pada 4 Julai,” kata Sunak di hadapan pejabatnya di 10 Downing Street pada Rabu.

    Pengumuman perdana Menteri itu dibuat hanya beberapa jam selepas kadar inflasi di negara itu turun mendadak kepada 2.3 peratus, paras terendah dalam hampir tiga tahun.

    Parti Konservatif yang memerintah menganggap perkembangan itu sebagai pencapaian yang menggalakkan.

    Lima ikrar perdana Menteri pada Jan 2023, termasuk mengurangkan inflasi yang telah meningkat melebihi 11 peratus pada akhir tahun 2022.

    Pada 30 Mei, Parlimen Britain akan dibubarkan secara rasmi dan kempen pilihan raya akan berlangsung sehingga hari pengundian pada 4 Julai.

    Sementara itu, Istana Buckingham dalam kenyataan berikutan pengumuman Sunak berkata: “Keluarga Diraja akan mengikut prosedur biasa, menangguhkan penglibatan yang mungkin kelihatan mengalihkan perhatian atau mengalih perhatian daripada kempen pilihan raya”.

    – Bernama-Xinhua

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts