Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPinda Akta 355 turut ambil kira penggubalan Akta Mahkamah Syariah

    Pinda Akta 355 turut ambil kira penggubalan Akta Mahkamah Syariah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN – Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan mengambil kira cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkembangan terkini pindaan Akta 355 itu masih dalam proses libat urus dengan pihak terlibat.

    “Kita masih lagi dalam proses libat urus dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dengan pihak istana dan sebagainya, selain itu kita juga akan mengambil kira proses menggubal Akta Mahkamah Syariah Wilayah- Wilayah Persekutuan itu,” katanya pada sesi soal jawab, hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berhubung perkembangan terkini mengenai pindaan kepada Akta 355.

    Menjawab soalan asal Ahmad Tarmizi mengenai usaha kerajaan mengukuhkan hak dan kedudukan Mahkamah Syariah, Mohd Na’im berkata kajian dan pindaan terhadap undang-undang syariah dibuat agar sesuai dengan keadaan semasa termasuk cadangan penggubalan kepada Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) itu.

    Selain itu, usaha lain yang dilakukan adalah penyeragaman pentadbiran pengurusan kes melalui pembinaan kaedah, arahan amalan, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) serta peningkatan kemahiran personel Mahkamah Syariah melalui program latihan.

    “Usaha lain termasuk penambahbaikan operasi dan perkhidmatan sokongan keluarga oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) meliputi dana pendahuluan nafkah, perkhidmatan BSK Transit dan pemfailan kes-kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah;

    “Pengukuhan kepada penyelesaian pertikaian kes secara alternatif melalui Sulh, Hakam dan Mediasi, penambahbaikan sistem pengurusan kes melalui sistem E-Syariah dan menggalakkan inovasi dalam pengurusan kes dan pentadbiran di Mahkamah Syariah Negeri-Negeri,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts