Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Pinda perlembagaan, tak perlu lagi PRK luar jangka'

    ‘Pinda perlembagaan, tak perlu lagi PRK luar jangka’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar Sudah percaya sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan luar jangka susulan kematian penyandang kerusi berkenaan.

    Bercakap kepada portal Utusan Malaysia, katanya, Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan wajar dibuat sedikit pindaan dengan mewujudkan satu peruntukan khas berkaitan ketetapan itu.

    Katanya, dengan pindaan itu, kerajaan mampu menjimatkan wang negara daripada terpaksa membelanjakan antara RM4 juta ke RM6 juta bagi setiap PRK.

    “Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji keperluan itu dalam konteks demokrasi politik negara ini.

    “Kewujudan peruntukan khas itu antaranya memberi tanggungjawab kepada parti yang menang kerusi berkenaan sebagai pihak yang akan berhak dan bertanggungjawab menjaga kepentingan atau perkhidmatan kepada pengundi atau rakyat di kawasan terlibat,” katanya.

    Negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil pada 7 Okt ini, di kerusi DUN Pelangai di Pahang. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Johari Harun yang mewakili Umno/BN dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu.

    Awal bulan ini, PRK luar jangka kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Julai.

    Terdahulu, Parlimen Kuala Terengganu muncul PRK pertama yang diadakan serentak dengan pilihan raya Negeri (PRN) di enam Negeri pada 12 Ogos lalu berikutan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya bagi bahagian Pilihan Raya Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lalu.

    Terbaharu, Adun Jepak, Talib Zulpilip meninggal dunia dua hari lalu sekali gus bakal menyaksikan satu lagi PRK di Sarawak yang perlu dilaksanakan.

    ALSO READ:  FBI looking into anti-Haitian threats at Springfield, Ohio, university

    Laporan portal itu menyebut antara 2008 dan 2013, negara menyaksikan 16 PRK, manakala antara 2013-2018 dan sepanjang tempoh 2018 hingga 2022 jumlah PRK adalah masing-masing sebanyak 12 kali.

    Ia menyebut perbelanjaan besar bagi menjalankan PRK dapat dilihat sebagai contoh untuk PRK Pulai dan Simpang Jeram yang baru berlangsung, dengan SPR membelanjakan RM6 juta.

    Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, agak sukar bagi SPR menetapkan satu basis dalam penentuan perbelanjaan setiap PRK berpunca daripada keadaan kawasan (Parlimen/ DUN) berbeza- beza.

    Katanya, jumlah pengundi yang berbeza, keadaan muka bumi, jumlah petugas, pengangkutan dan logistik diambil kira dengan anggaran kos PRK bagi Parlimen ialah antara RM4 juta hingga RM6 juta manakala bagi DUN antara RM 1.5 juta hingga RM3 juta.

    Berdasarkan fakta anggaran kos tersebut, dia menjangkakan jika purata 20 PRK perlu dibuat dalam tempoh tiga tahun (dua tahun terakhir penggal Parlimen /DUN kekosongan tidak perlu dibuat PRK), kira-kira sejumlah RM120 juta perlu disediakan oleh Kementerian Kewangan sebagai bajet untuk PRK.

    Perlu diingatkan bahawa mengikut peraturan sekarang, PRK tidak perlu dijalankan untuk mengisi kekosongan dalam tempoh dua tahun terakhir bagi penggal lima tahun parlimen/DUN.

    “Pembaziran wang rakyat juga bertambah yang dibelanjakan setiap agensi kerajaan terlibat membantu SPR dalam menjayakan proses pilihan raya.

    “Selain itu, parti-parti politik terpaksa membelanjakan kos tinggi setiap kali terlibat bertanding dalam PRK,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts