Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Pisahkan kuasa peguam negara, pendakwa raya sebelum akhir 2024'

    ‘Pisahkan kuasa peguam negara, pendakwa raya sebelum akhir 2024’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan digesa menetapkan akhir tahun depan sebagai tarikh akhir untuk memisahkan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya. Badan pemantau pilihan raya Bersih dan 48 NGO serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) lain – antaranya Persatuan Tindakan Semua Wanita (Awam), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), G25, Undi18, dan Suaram – membuat gesaan itu dalam satu sidang media bersama hari ini. Mereka berkata pemisahan kuasa itu penting untuk menjaga kewibawaan institusi undang-undang daripada campur tangan politik.

    Mereka juga mengulang gesaan agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh agar mengenakan moratorium terhadap sebarang permohonan untuk pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) atau pembebasan penuh bagi semua kes berprofil tinggi yang sedang berjalan, melibatkan ahli politik dan pihak yang dikaitkan dengan mereka, sehinggalah pemisahan kuasa itu dibuat.

    “Kerajaan juga perlu mempercepat dan mengisytiharkan akhir 2024 sebagai garis masa melaksanakan pemisahan ini, yang telah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada 18 September lalu,” kata mereka.

    Mereka juga menggesa langkah mendakwa atau membuka semula kes DNAA melibatkan ahli politik yang dihadapkan dengan pertuduhan rasuah, antaranya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. “Mahkamah perlu dibenarkan menentukan mereka yang didakwa bersalah atau tidak, berdasarkan bukti yang dibawa (ke mahkamah).”

    Mengulas lanjut, mereka berkata keputusan DNAA atau pembatalan pertuduhan terhadap ahli politik atau pihak yang dikaitkan dengan mereka selepas pertukaran kerajaan menghantar mesej bahawa kuasa yang dipegang individu mempengaruhi sama ada dia bersalah atau tidak.

    Mereka juga bertanya jika bekas perdana Menteri Najib Razak, yang kini sedang menjalani hukuman penjara, akan turut mendapat layanan sama. “Adakah Najib yang masih ada tiga kes berkaitan 1MDB dan cukai pendapatan serta isterinya Rosmah Mansor yang berdepan kes elak cukai dan pengubahan wang haram berjumlah RM7.1 juta, akan turut dilepaskan, dalam dalam kes Najib untuk membuka jalan ke arah pengampunannya dalam kes SRC International?
    “Jika Najib dan Rosmah akan bebas, seolah-olah mereka mangsa pendakwaan terpilih selepas skandal 1MDB hampir membawa negara ke arah kehancuran kewangan, Malaysia akan dilihat seperti sebuah negara tanpa kedaulatan undang-undang, dan ia akan menyebabkan pelabur lari.

    ALSO READ:  Soccer-Man City, police boost safety measures after fans attacked in Belgrade

    “Kita mahu sebuah kerajaan yang bersih dan menangani rasuah sistemik dalam negara kita, dan tiada parti mahupun ahli politik yang berani mengumpul kekayaan menerusi salah guna kuasa. “Kepentingan dan kelicikan politik untuk membiarkan Najib dan Rosmah bebas daripada kesalahan akan memberi kesan ekonomi dan politik yang amat buruk,” kata mereka lagi.

    [Baca berita asal](https://www.malaysiakini.com/news/681596)

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts