Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPKR gantung tugas Ginie Lim sebagai ketua cabang Alor Gajah

    PKR gantung tugas Ginie Lim sebagai ketua cabang Alor Gajah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kedudukan Naib Pengerusi PKR Melaka, Ginie Lim, sebagai Ketua cabang parti itu untuk kawasan Alor Gajah digantung selama 12 bulan bermula 7 Jan lalu.

    Setiausaha PKR Melaka Muhammad Asri Ibrahim mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini selepas dihubungi hari ini.

    “Saya boleh mengesahkan Ginie Lim digantung jawatan sebagai ketua cabang selama 12 bulan.

    “Keputusan dibuat oleh Lembaga Disiplin PKR yang bermesyuarat pada 7 Jan,” katanya.

    Tambah Asri notis bagi memaklumkan mengenai penggantungan tugas tersebut dihantar kepada Majlis Pimpinan PKR Melaka pada 29 Jan.

    Katanya tindakan tersebut diambil selepas lembaga disiplin berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan dan mendapati Lim melanggar perlembagaan parti.

    Bagaimanapun, Asri berkata, Lim yang juga bekas Adun Machap Jaya masih kekal sebagai ahli PKR.

    Difahamkan, pada 4 Feb tahun lalu lembaga disiplin parti itu meminta Lim memberi keterangan dalam mesyuarat atas talian (melalui aplikasi Zoom) berhubung kenyataan media dibuatnya kepada Malaysiakini.

    Ia merujuk kepada laporan portal berita berkenaan pada 25 Okt 2022 bertajuk “Akar umbi PKR mahu Ginie tanding di Alor Gajah” dan disiarkan ketika menjelang PRU ke-15.

    PKR berpendapat langkah tersebut bercanggah dengan keputusan pemimpin parti.

    Lim, 42, juga didakwa membuat kenyataan mempertikaikan pengundian calon untuk kerusi parlimen Alor Gajah dan tangkap layar perbualan dengan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melalui WhatsApp tersebar di media sosial.

    Selain itu, dia juga didakwa mengetuai anggota dari cabang Alor Gajah untuk bertindak provokatif ketika program Jelajah Harapan Presiden PKR pada 25 Okt 2022 di Sungai Petai, Alor Gajah.

    Pada hari kejadian, terdapat ahli PKR Alor Gajah hadir dengan kemeja -T dengan memamerkan wajah Lim sebagai calon PH untuk kerusi parlimen di situ, selain menaikkan kain rentang bertulis “Sokong Ginie Lim untuk Alor Gajah”.

    ALSO READ:  Act 852 in final stages, awaiting AGC approval, says Dzulkefly

    Sementara itu ahli jawatankuasa (AJK) PKR cabang sama, Abdul Rashid Dahaban, digantung keahliannya atas kesalahan berkempen untuk calon PN dalam PRU ke-15.

    Timbalan Ketua PKR Alor Gajah, Badrohisham Omar dan seorang lagi AJK, Denesh Palasubramaniam, diberi amaran selepas kedua-dua mereka didapati mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan pemimpin parti.

    Lim merupakan bekas exco Melaka ketika PH mentadbir Negeri itu ekoran kemenangan parti berkenaan dalam PRU ke-14 (2018).

    Dia bagaimanapun digugurkan daripada menjadi calon semasa Melaka melakukan pilihan raya Negeri pada 2021.

    Lim juga pernah menarik perhatian ramai apabila menghalang pelantikan Pengerusi PKR Melaka Halim Bachik sebagai anggota Dewan Negara.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts