Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPKR kerja keras, PN yang berpecah di KKB - Steven Sim

    PKR kerja keras, PN yang berpecah di KKB – Steven Sim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim Chee Keong menafikan PKR tidak bersungguh-sungguh dalam membantu kempen calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

    Sebaliknya, Menteri sumber manusia itu berkata dia mendapat maklumat PN sendiri yang berpecah belah dalam PRK itu.

    “Saya difahamkan di sebelah sana yang berpecah-pecah. Sebelah PN kononnya PAS boikot dua atau tiga kumpulan dalam Bersatu.

    “Tapi di bawah kerajaan perpaduan saya nampak jentera parti-parti turun untuk kempen menangkan calon perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Ampang Pecah, di Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

    Terdahulu, koordinator pilihan raya PH itu diminta mengulas dakwaan bahawa PKR kurang kempen di PRK ini.

    Laporan itu memetik seorang sumber pemimpin PKR yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, bahagian Negeri tidak menyalurkan dana kepada jentera pilihan raya kerana pergeseran pengundian calon.

    Bagaimanpun Steven menafikan perkara itu dengan mengatakan Menteri Besar, Amirudin Shari sendiri turun untuk membantu kempen calon PH.

    “Macam mana PKR boleh kurang kempen kalau Menteri Besar Selangor pun turun sini. Kita nampak kempen PKR dan gabungan BN amat kuat sekali.

    “Kami puas hati dengan sokongan parti-parti rakan kerajaan perpaduan kepada DAP dan ucapkan terima kasih,” katanya.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts