Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPKR lantik lima pemimpin sertai Sekretariat Pejabat Presiden

    PKR lantik lima pemimpin sertai Sekretariat Pejabat Presiden

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PKR melantik lima pemimpin parti sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu, yang baru ditubuhkan semalam.

    Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook parti itu memaklumkan Sekretariat Pejabat Presiden PKR itu, dianggotai Romli Ishak sebagai setiausaha politik kanan pejabat presiden dan juga koordinator sekretariat.

    Dia berkata Onn Abu Bakar, Sim Tze Tzin, Manivanan Gowin dan Juwairiya Zulkifli, pula masing-masing dilantik sebagai setiausaha politik pejabat presiden.

    Juwairiya juga dilantik sebagai setiausaha sekretariat itu.

    “Sekretariat Pejabat Presiden diamanahkan untuk memartabatkan dan memperkasakan PKR, membantu dan menyelaras pergerakan di semua peringkat parti itu serta memantau aktiviti dan gerak kerja di semua peringkat.

    “Sekretariat Pejabat Presiden juga diamanahkan untuk menyemak perlembagaan parti untuk mengisbatkan (mengesahkan) hala tuju dan masa depan PKR serta memberi pandangan dan cadangan dalam isu-isu semasa yang berbangkit dalam politik negara,” katanya yang mempengerusikan mesyuarat penubuhan sekretariat itu.

    Justeru, Anwar menasihatkan pimpinan dan anggota PKR untuk berganding bahu dalam menggalas tanggungjawab serta mendukung aspirasi parti, demi menjuarai hak dan kebajikan rakyat demi masa depan negara.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts