Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPKR perlu sentiasa musyawarah dengan sekutu dalam kerajaan - Fadhlina

    PKR perlu sentiasa musyawarah dengan sekutu dalam kerajaan – Fadhlina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PKR perlu sentiasa bermusyawarah dengan gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi mempertahankan pentadbiran sehingga tamat tempoh penggal, kata Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek.

    Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata kekuatan Kerajaan Perpaduan bukan hanya bersandarkan kepada PKR semata, malah turut melibatkan gabungan parti daripada beberapa parti politik yang lain.

    “Dalam pakatan kita yang besar, ada berbelas parti yang bersama dalam kerajaan. Untuk itu, penting kita memastikan bahawa kekuatan Kerajaan Perpaduan adalah dari segi gabungan.

    “(Justeru) saya memohon saudari-saudari mempunyai sedikit kesabaran dan komitmen untuk melihat bahawa Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang formulanya berlandaskan muafakat dan juga campuran,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini, yang dihadiri seramai 475 perwakilan dan 287 pemerhati.

    Fadhlina dalam pada itu mengingatkan para perwakilan agar menyelesaikan sebarang isu dalaman dengan cara profesional termasuk mengadakan mesyuarat.

    “Tunjangnya adalah amanah…soal bergaduh, salah faham, tak puas hati dalam urusan parti ini perlu diuruskan secara profesionalisme…kena diuruskan melalui mesyuarat.

    “Disiplin-disiplin parti mestilah dipatuhi untuk pastikan soal teras ini benar-benar kita angkat dalam konteks kepimpinan kita,” katanya.

    Menyentuh mengenai rasuah, beliau meminta para perwakilan untuk terus menyampaikan mesej perjuangan dan semangat parti dalam melawan amalan buruk itu serta mengangkat nilai baik sehingga ke peringkat akar umbi.

    “Perkara yang membezakan kita dengan kerajaan sebelum ini adalah kekuatan nilai itu yang cukup kita jaga dan pertahankan selama ini,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts