Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPKR tak kurang pemimpin berbakat - Nik Nazmi

    PKR tak kurang pemimpin berbakat – Nik Nazmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    WAWANCARA l Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat parti itu tidak kekurangan pemimpin yang memiliki kelayakan sebagai perdana Menteri.

    Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Menteri sumber asli dan kelestarian alam itu menyebut beberapa nama pemimpin yang menurutnya boleh menggantikan Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR dan ketua eksekutif negara.

    “Kita ada pemimpin seperti Rafizi Ramli, yang juga timbalan presiden parti, kita memiliki Saifuddin Nasution (Ismail), jadi menurut saya, jika anda tanya kepada saya, mereka adalah dua pemimpin paling senior dalam parti ini.

    “Barisan seterusnya, maksud saya, antara naib presiden parti, ada orang-orang seperti Amiruddin Shari, Nurul Izzah, saya juga salah seorang naib presiden, jadi menurut saya, dari segi itu, kita tidak kekurangan bakat pada masa depan,” katanya.

    Wawancara ini dijalankan minggu lalu sempena ulang tahun ke-25 penubuhan PKR, yang jatuh pada tanggal 4 April.

    Nik Nazmi ditanya siapa yang menurutnya boleh memimpin negara dan menerajui PKR selain Anwar, memandangkan parti itu bermula sebagai sebuah gerakan yang menyokong Anwar sejak 1999 dan sinonim dengan tokoh ‘Reformasi’ itu.

    Rafizi pada masa ini menyandang jawatan sebagai Menteri Ekonomi manakala Saifuddin, yang merupakan Setiausaha Agung PKR, memegang portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri.

    Amirudin Shari pula memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, manakala Nurul Izzah, yang juga anak sulung Anwar, tiada sebarang jawatan dalam kerajaan.

    Ketika ditanya apakah dia melihat dirinya sebagai calon perdana Menteri pada masa depan, Nik Nazmi memberikan jawapan yang sederhana.

    “Saya tidak begitu serius mempertimbangkannya, saya rasa jika anda tanya kepada saya, 10-20 tahun (dari sekarang), mungkin selepas saya menjadi Menteri, maka saya ingin mengendalikan kedai buku atau mengendalikan kelab bola sepak.

    “Saya rasa itu lebih menggembirakan saya. Maksud saya anda tahu kritikan orang ramai dan sebagainya… bukan untuk mengatakan mengendalikan kelab bola sepak lebih baik tetapi mungkin ia sesuatu yang kurang membebankan,” katanya.

    ALSO READ:  UN chief says robust force needed to disarm Haiti's gangs

    Bercakap mengenai kerjaya politiknya, ahli parlimen Setiawangsa itu bercadang mempertahankan jawatan naib presiden apabila parti itu mengadakan pengundian tahun depan.

    Nik Nazmi berkata dia percaya Anwar dan Rafizi akan mempertahankan jawatan masing-masing, dan dia tidak bercadang melangkaui jawatan naib presiden pada ketika ini.

    “Saya sudah pun naib presiden, ia adalah tugas yang besar dan saya fikir saya akan menumpukan usaha saya di situ,”ujarnya.

    Sementara itu, bercakap mengenai proses meremajakan PKR, Nik Nazmi percaya parti itu berada di landasan yang betul.

    Dia berkata PKR mempunyai barisan kepimpinan “sangat muda” yang tidak dimiliki oleh banyak parti lain, di mana timbalan presiden dan naib presidennya berusia 40-an.

    Menurutnya, pemimpin paling muda dalam kalangan ahli parlimen pada masa ini juga daripada PKR dengan umur mereka antara lingkungan 20-an dan awal 30-an.

    Bagaimanapun, Nik Nazmi berkata PKR perlu meneruskan proses meremajakan parti itu yang menurutnya semakin mencabar apabila parti itu semakin kukuh dan mantap.

    “Salah satu perkara yang saya mulakan tahun ini ialah kita mulakan program seperti Program Fellowship Keadilan untuk merapatkan jurang antara individu yang berminat untuk aktif dalam parti dan struktur parti, disebabkan ada jurang di situ.

    “Maksud saya, bukan semua orang, anda tahu, mereka boleh, mereka tahu, mereka faham bagaimana untuk mengharungi politik. Mereka tahu bagaimana untuk menjadi seorang abang, seorang kakak, dan semua itu, tetapi mereka mempunyai bakat, dan kita mempunyai satu juta ahli.

    “Jadi, kita mempunyai ramai individu yang merupakan ahli biasa, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk merapatkan jurang itu.

    “Kita cuba melakukannya supaya kita dapat terus menarik bakat terbaik,” katanya.

    ALSO READ:  Tiada tempoh bulan madu untuk anggota kabinet - PM

    Menurut Nik Nazmi, PKR juga perlu strategik bagi memastikan setiap kumpulan dalam masyarakat diwakili dalam parti.

    “Kita perlu terlibat secara aktif untuk memastikan ada cukup pemimpin wanita, pemimpin muda, pemimpin India, Bumiputera Sabah Sarawak, Cina, dan sebagainya.

    “Jadi, saya fikir, kerana kita parti berbilang kaum, itulah pertimbangan yang kita ada untuk terus meremajakan kepimpinan parti,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts