Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPlat 'GOLD 1' milik Agong

    Plat ‘GOLD 1’ milik Agong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan keluaran khas ”GOLD 1” kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    Sultan Ibrahim telah membida nombor plat berkenaan dengan nilai RM1.5 juta, rekod nilai tertinggi setakat ini.

    “Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, sebanyak RM1.5 juta yang akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan,” kata satu kenyataan pada hantaran di akaun rasmi Facebook baginda.

    Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa RM 1.5 juta itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

    Siri nombor pendaftaran GOLD itu dibuka untuk bidaan menerusi Sistem JPJeBid bermula 1 hingga 5 Februari lalu.

    Menteri pengangkutan pada 30 Jan lalu menjelaskan siri nombor pendaftaran itu ditawarkan sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 pada tahun ini.

    Kata Loke hasil jualan NPI siri GOLD ini akan dimanfaatkan kementerian bagi melaksanakan pelbagai inisiatif seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySISW.

    Menurutnya lagi, harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minima yang ditetapkan iaitu kategori nombor bernilai utama adalah RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800), dan nombor biasa RM300.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts