Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPLKN 3.0 tidak dilaksanakan pada tahun depan

    PLKN 3.0 tidak dilaksanakan pada tahun depan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Kerajaan tidak akan melaksanakan Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada tahun hadapan sebaliknya dijangka hanya bermula seawal 2025.

    Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata cadangan pelaksanaan PLKN 3.0 kini masih dalam proses kajian.

    “Kemungkinan PLKN (dilaksanakan) pada tahun 2024 tak ada, tak dibajetkan (di masukkan dalam Belanjawan 2024) pun.

    “Nak guna kem (askar) Wataniah (untuk PLKN) kena naik taraf dulu. Kementerian akan bekerjasama dengan pemegang taruh.

    “PLKN (dilaksanakan kembali) mungkin pada tahun 2025,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

    Pada 3 Nov lalu, Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan hanya remaja yang lahir pada 2007 dan selepasnya akan dipanggil menjalani PLKN 3.0 sekiranya ia dilaksanakan tahun hadapan.

    Mindef dalam kenyataan berkata, pelatih program itu akan dipilih mengikut tahun kelahiran dan ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

    “Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.

    “Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.

    “Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN3.0,” kata kenyataan itu.

    Mengulas lanjut, Mohamad yang juga ahli parlimen Rembau berkata pelaksanaan PLKN 3.0 telah diluluskan oleh Kabinet dan kini dalam peringkat kajian pelbagai aspek pelaksanaannya.

    “Pelbagai opsyen telah (kerajaan) kaji…sebelum kertas (kajian) diserahkan kepada kabinet,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts