Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM: Boleh kritik k'jaan tapi ada had dalam isu 3R

    PM: Boleh kritik k'jaan tapi ada had dalam isu 3R

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Walaupun kritikan terhadap kerajaan adalah dibenarkan di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat had kepada kebebasan media, terutamanya berkaitan perkara sensitif seperti kaum, agama dan raja (3R).

    Ketika ditemu bual penyampai Al Jazeera Sami Zeidan dalam program ‘Talk To Al Jazeera’ pada Ahad, Anwar berkata dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam.

    “Tidak kisahlah sama ada kita diturunkan (kedudukan dalam indeks kebebasan media), tetapi apa yang penting ialah kritikan dibenarkan…isunya ialah apabila anda menyentuh isu 3R, mengutuk kaum, agama, mengajak dan menghasut melakukan rusuhan, kita tidak boleh ada perkara itu dalam negara kami,” katanya.

    Anwar berkata demikian mengulas mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia, yang menunjukkan kejatuhan signifikan 34 anak tangga daripada 73 ke 107 dalam tempoh setahun.

    Namun Anwar berkata di bawah pentadbirannya, kerajaan tidak pernah menahan mana-mana wartawan atau mengharamkan mana-mana suratkhabar di negara ini kerana mengkritik kerajaan.

    Mengenai dakwaan yang mengatakan penglibatan Yang di-Pertuan Agong dalam cadangan penubuhan kasino di Johor misalnya, Anwar berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang menyentuh institusi raja Melayu kerana ia boleh memberikan kesan signifikan terhadap sentimen orang ramai, yang berpotensi mewujudkan keadaan tidak baik.

    “Pertamanya, kerana ia suatu fitnah dan keduanya, anda menyentuh Perlembagaan (Persekutuan)…Ia secara faktanya salah…tidak ada sebarang cadangan untuk membuka kasino baru,” katanya.

    Sebelum ini, Anwar juga telah menafikan laporan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan lesen untuk sebuah kasino bagi memulihkan semula Forest City di Johor.

    Ketika ditanya tentang kritikan mengenai usaha reformasi ekonomi dan demokrasi kerajaan yang dilihat perlahan selain penyiasatan kes rasuah berprofil tinggi sejak beliau memegang jawatan, Anwar berkata cubaan untuk membetulkan perkara yang telah berdekad-dekad berlaku dalam tempoh satu tahun setengah memegang jawatan, merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.

    ALSO READ:  Iran executes protester charged with murder

    “Kita telah melihat usaha yang sama sebelum ini, walaupun pada pengalaman Eropah Timur, di mana negara yang anda kenali, bersikap gung ho (bersemangat) mengenai reformasi pantas yang mendatangkan bencana kepada ekonomi dan persediaan politik.

    “Dalam kes kami, bertentangan dengan penerapan atau dakwaan oleh pihak pembangkang, perkara yang paling penting ialah tadbir urus.

    “Apa yang kami berjaya lakukan adalah untuk memeriksa penyalahgunaan (kuasa) oleh pemimpin, anggota Kabinet daripada membazirkan kekayaan melalui rundingan terus, melalui tender berjumlah berbilion-bilion. Kami telah hentikannya,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts