Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPM bukan Melayu: Polis tanya 27 soalan pada Lim

    PM bukan Melayu: Polis tanya 27 soalan pada Lim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang menyeru rakyat Malaysia beralih daripada sentimen kaum dan agama (2R) supaya dapat menjadi negara berkelas dunia, kata Lim Kit Siang.

    “Jika Malaysia mahu menjadi negara berkelas dunia, kita mesti bercakap tentang masa depan dan bercita-cita besar tentang hubungan kaum, agama dan persefahaman serta tolak ansur dan keharmonian.

    “Kita sudah bazirkan banyak masa, terutamanya setahun ini dalam naratif 2R dan kita mesti lepas daripada semua ini. 

    “Kita mesti bersatu padu dan bekerjasama,” kata tokoh 80-an yang bergelar Tan Sri itu.

    Dia berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan keterangan kepada polis di Petaling Jaya hari ini susulan kenyataannya bahawa bukan Melayu boleh menjadi perdana Menteri.

    Pejabat Perdana Menteri, gambar hiasan

    Siasatan itu dibuat berasaskan tulisan di blognya yang bertajuk “Malaysia Constitution provides for a Malaysia Dream and not a mono-ethnic dream as it provides that a non-Malay can be a prime minister”.

    Kenyataan sama dilontarkannya dalam ucapan kepada pelajar Malaysia di United Kingdom bulan lepas.

    Lim menegaskan bahawa dia hanya menyatakan fakta daripada Perlembagaan Persekutuan.

    Menurut undang-undang tertinggi negara itu, Yang di-Pertuan Agong harus melantik seseorang anggota parlimen yang mendapat sokongan majoriti dalam parlimen sebagai perdana Menteri.

    Tiada syarat-syarat lain diletakkan.

    Sebelum itu, peguam Lim, Khairul Khalid, berkata siasatan dibuat berasaskan laporan polis orang awam.

    Katanya, terdapat 27 set soalan ditanya dalam sesi lebih kurang sejam.

    “Tan Sri jawab semua soalan dengan lancar walaupun. 

    “Walaupun umurnya 82 tahun, dia steady,” kata Khairul.

    Lim ditemani anak perempuannya Lim Hui Ying yang juga timbalan Menteri kewangan dan anggota parlimen Kepong Lim Lip Eng.

    [Baca berita asal]

    ALSO READ:  KKM pertimbang sudut merokok bagi premis makanan di kawasan sempit
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts