Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesPM diminta selamatkan padang bola 'terakhir' Dengkil

    PM diminta selamatkan padang bola ‘terakhir’ Dengkil

    -

    Shopee CNY Sale
    Lebih 180 penghuni Kampung Ampar Tenang di Dengkil meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim “menyelamatkan” padang yang terletak di sebelah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ampar Tenang yang kini telah dikenal pasti untuk projek pembinaan lot kedai.

    Menurut penduduk di situ, padang berkeluasan 1.5 ekar itu merupakan padang bola yang terakhir di kawasan Dengkil yang kini digunakan pihak sekolah bersama-sama dua akademi bola sepak.

    “Kami terkejut dengan keputusan syarikat perumahan yang memiliki padang ini, hendak membina lot kedai.

    “Permintaan penduduk di sini dan pihak sekolah untuk menyerahkan padang itu kepada sekolah tidak diendahkan. Mereka hanya setuju untuk memberikan separuh daripada padang itu sahaja.

    “Kami meminta perdana Menteri agar menyelamatkan padang bola ini dengan menukar hak milik padang itu kepada pihak sekolah,” kata bekas pengerusi PIBG sekolah V Gunalan.

    Gunalan yang berasal dari Dengkil berkata padang itu merupakan padang bola yang terakhir di kawasan ini.

    “Ramai pemain bola sepak di peringkat Negeri dan kebangsaan berasal daripada padang bola ini. Padang-padang yang lain telah diambil untuk pembangunan.

    “Selain aktiviti sukan SJK (T) Ampar Tenang, padang ini juga digunakan oleh dua akademi bola sepak yang pernah menerima sumbangan daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

    “Syarikat pemaju itu memiliki beribu-ribu ekar tanah di kawasan ini. Padang bola 1.5 ekar ini tidak rugi kepada mereka jika serahkan kepada sekolah,” tambahnya.

    Katanya, pihaknya telah menulis surat kepada pejabat perdana Menteri dan Menteri kewangan pada Feb 2023 yang lalu.

    Sementara itu, Gunalan juga berkata pembinaan lot kedai di atas padang itu juga akan menyebabkan masalah banjir di Kampung Ampar Tenang.

    ALSO READ:  Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB

    “Kampung ini mempunyai 186 unit rumah pegangan pajak 99 tahun. Jarak antara padang dengan kampung tidak sampai 30 meter.

    “Kami telah melihat pelan pembinaan lot kedai di mana pihak pemaju nak tinggikan ketinggian padang itu hampir 12 kaki sebelum membina kedai.

    “Maka, sudah pasti kampung ini akan dilanda banjir.

    “Sekarang pun ketika hujan, guru dan murid tidak dapat masuk ke sekolah kerana jalan ke sekolah banjir,” katanya.

    SJKT Ampar Tenang sudah berusia lebih 100 tahun. Asalnya ia terletak di Ladang Ampar Tenang sebelum berpindah ke lokasi sekarang iaitu di Kampung Ampar Tenang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts